Doa Qunut : Makna, Bacaan Dalam Rumi dan Hukumnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pernahkah anda terfikir mengapa hanya di dalam solat Subuh sahaja dibacakan Doa Qunut? Apakah asal usul Doa Qunut? Bagaimana pula dengan pengertian dan maksudnya? 

Alhamdulillah, dalam artikel kali ini akan dijelaskan beberapa perkara berkenaan Doa Qunut termaksuklah tentang makna bacaan, asal-usulnya, hukum bacaannya serta bacaan dalam rumi. Semoga bermanfaat.


{tocify} $title={KANDUNGAN}

DOA QUNUT : MAKNA BACAAN, BACAAN DALAM RUMI & HUKUMNYA

APA ITU QUNUT ?

Qunut (قنوت) berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud berdiri lama, diam, selalu tunduk dan khusyuk. Maksudnya dari segi istilah adalah sebuah doa yang dibaca di dalam solat pada tempat dan waktu yang dikhususkan semasa berdiri.

Doa qunut ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :

✅Bacaan doa
✅Bacaan zikir
✅Bacaan selawat

Bahagian pertama iaitu bacaan doa bermula dari اللهم اهدنا فيمن هديت sehingga وقنا شرما قضيت dibaca KUAT/JELAS kerana ia satu bentuk doa. Dalam konteks doa, Imam membaca dan makmum mengaminkannya. Bahagian kedua iaitu bermula daripada فإنك تقضي ولا يقضى عليك hingga akhir dibaca PERLAHAN kerana ia adalah bacaan zikir. Jika anda solat berjamaah bersama Imam, adalah afdhal untuk sama-sama membaca zikir ini secara perlahan.

Ada sebahagian Imam membaca KUAT/JELAS kembali pada bahagian ketiga iaitu bacaan selawat untuk memberi isyarat kepada makmum bahawa bacaan doa & zikir sudah habis dan bersedialah untuk sujud.

ASAL USUL QUNUT


Sebenarnya, bukan di dalam solat Subuh sahaja ada qunut, namun ia juga ada dibaca dalam solat Tarawih dan solat-solat yang lain. Ia dinamakan Qunut Witir (yang dibaca dalam solat witir) dan Qunut Nazilah (yang sunat dibaca ketika terjadinya musibah atau bencana).

Berdasarkan hadis yang menceritakan mengenai asal usul qunut ialah, ia sebenarnya telah mula dibaca pada solat Subuh dan Maghrib ketika Baginda SAW mengimami solat itu.

Bacaan itu adalah bagi mendoakan keburukan terhadap kaum yang telah membunuh para sahabat di Bi’r Ma’unah yang melibatkan 70 orang penghafaz Al-Quran telah meninggal dunia akibat dibunuh.

Selepas sebulan, bacaan qunut tidak diteruskan melainkan dalam solat Subuh. Dan sehingga kini ia diteruskan.

Dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ada menyebut;

Maksud: “Rasulullah SAW membaca qunut selama satu bulan ketika para qurra itu terbunuh dan aku belum pernah melihat Rasulullah begitu berduka dibandingkan kejadian tersebut.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1300)

TIGA JENIS QUNUT DALAM SOLAT

Terdapat tiga jenis Qunut dalam solat iaitu :

✅Qunut dalam solat Subuh
✅Qunut dalam solat witir Ramadhan
✅Qunut Nazilah

Imam Syafi’e berpendapat bahawa bacaan doa Qunut dalam solat Subuh merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut.


HUKUM BACAAN DOA QUNUT

Membaca doa qunut termasuk di dalam perkara sunat Ab’adh. Jika tertinggal atau terlupa untuk membaca doa qunut, seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi. Walau bagaimana pun, solat subuh tetap SAH walaupun tanpa sujud sahwi.



BACAAN DOA QUNUT & MAKSUDNYA

Bacaan qunut memberi makna yang sangat besar sebenarnya. Ia merupakan doa untuk kita memohon petunjuk serta perlindungan dari Allah dan untuk kita ingat bahawa hukuman setiap perbuatan itu datangnya dari Allah.



اللهمَّ اهدِنا فيمَن هدَيت،
Ya Allah tunjukkanlah kami sebagaimana orang yang Engkau berikan petunjuk


وعافِنا فيمَن عافيت
Dan sejahterakanlah kami sebagaimana orang yang Engkau sejahterakan


وتولَّنا فيمَن تولَّيت،
Pimpinlah kami sebagaimana orang yang telah Engkau pimpin

وباركْ لنا فيما أعطيت،
Dan berkatilah hendaknya untuk kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku

وقِنا شرَّ ما قضيت،
Jauhkanlah dari kami sebarang kejahatan / takdir buruk yang Engkau tentukan (untuk hari ini).

إِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ،
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkausa menetapkan sesuatu selain dariapda Engkau

وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ،
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu

وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ،
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi

تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
Telah memberi berkat Engkau, oh Tuhan,

فَلَكَ الْحَمْدٌ عَلى ما قَضَيتَ
Dan Maha Tinggi Engkau, Maka bagi Engkaulah segala pujian terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.

وَأَسْتَغْفِرُكَ وَأََتُوبُ إِلَيْكَ
Aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau

وَصلَّى اللهُ عَلىَ سَيًّدًنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya

BACAAN DOA QUNUT DALAM RUMI 

Allahhumma dinii fiiman hadait

Wa’aa finii fiiman ‘aafait

Watawallanii fiiman tawal-laiit

Wabaariklii fiimaa a’thait

Waqinii syarramaa qadhait

Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik

Wainnahu laayadzilu man walait

Walaa ya’izzu man ‘aadait

Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait

Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait

Astaghfiruka wa’atuubu ilaik

Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi

Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam


SEKIAN
SEMOGA BERMANFAAT

RUJUKAN ;
  • https://ecentral.my/doa-qunut-subuh/
  • https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/posts/bacaan-doa-qunut-dalam-solat-subuhmembaca-doa-qunut-termasuk-di-dalam-perkara-su/324479676389676/
  • https://tzkrh.com/202035865/

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post