Pengalaman Menginap di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Menginap di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Bagaimana dengan hari anda? Harap semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku bermalam di sebuah hotel terkemuka di ibukota Kuala Lumpur iaitu Santa Grand Signature Kuala Lumpur.

Sebelum ni mungkin ada yang perasan aku ada terbitkan satu artikel tentang makanan asli nyonya di sini, anda boleh membacanya di :https://www.aerill.com/2023/07/makan-authentic-nyonya-noodles-hut-di.html.

Baiklah, kali ini aku akan ceritakan pula pengalaman aku bermalam di hotel ini dan in shaa Allah aku akan cuba untuk ceritakan sehabis baik dan se-detail yang boleh. Selamat Membaca!

{tocify} $title={Table of Contents}

PENGALAMAN MENGINAP DI HOTEL SANTA GRAND SIGNATURE KUALA LUMPUR

Pengalaman Menginap di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Santa Grand Signature Kuala Lumpur merupakan sebuah hotel yang menawarkan penginapan yang menarik, berkonsepkan Modern Peranakan di lokasi cukup strategik iaitu di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur.

Aku dan keluarga aku, iaitu mak, ayah dan adik aku bermalam hanya untuk satu malam sahaja di hotel ini. Keberadaan mereka adalah kerana adik aku yang pada hari berikutnya mempunyai upacara konvokesyen di universitinya. Jadi, memilih untuk bermalam di tempat yang menarik, aku pun memilih Santa Grand Signature Kuala Lumpur sebagai lokasi penginapan. 

Pengalaman Menginap di Santa Grand Signature Kuala Lumpur
Ketika Menunggu Check-In

Setelah memilih hotel ini sebagai penginapan, langkah berikut yang aku lakukan adalah dengan menempah bilik dengan lebih awal. Prosesnya cukup mudah, hanya perlu membuat panggilan dan beritahu nak menempah bilik dan selanjutnya staf hotel tersebut akan membantu.

Apabila mak, ayah dan adik aku sampai sahaja di Kuala Lumpur, mereka terus mengambil aku dan seterusnya ke lokasi hotel. Sampai sahaja di hotel, kami terus ke tempat parking. Terdapat dua parking di sini iaitu pertama parking valet bertingkat dan juga parking di belakang hotel yang terhad. Alhamdulillah, kami dapat parking di belakang hotel kerana ada kekosongan.

Seterusnya adalah masa untuk check-in. Check-in di hotel ini adalah pada jam 3 petang manakala check-out pula adalah jam 12.00 tengahhari. Proses check-in cukup mudah dan senang. Dapat sahaja kunci, kami terus ke bilik hotel. 

Pengalaman Menginap di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Oh ya, aku nak ceritakan sedikit tentang bilik di hotel ini. Terdapat beberapa jenis bilik di hotel ini, tetapi paling maksimum boleh memuatkan hanya tiga orang sahaja. Jadi, untuk penginapan kali ini kami mengambil dua bilik, satu bilik untuk mak dan ayah manakala satu lagi untuk aku dan adik aku. 

Bilik yang kami pilih untuk menginap adalah jenis Bong-Soo-Standard-Queen & Bong-Soo-Standard-Twin. Berikut adalah jenis bilik dan harga bagi setiap penginapan :-

🟩Bong-Soo-Standard-Twin : RM190
🟩Bong-Soo-Standard-Queen : RM190
🟩Bong-Soo-Superior-Queen : RM200
🟩Bong-Soo-Superior Twin : RM200
🟩Bong-Soo-Superior-King : RM200
🟩Bong-Soo-Superior-Twin Combined : RM200
🟩Bong-Soo-Deluxe-Queen : RM240
🟩Bong-Soo-Deluxe-Twin-Combined : RM240
🟩Nyonya-Diva : RM340
🟩Bong-Soo-Tiga : RM350
🟩Bong-Soo-Tiga-Twin : RM350
🟩Family-Tiga : RM400
🟩Studio Suite : RM400
🟩GetFit Suite : RM400
🟩Spa-Suite : RM400
🟩Peranakan-Signature-Suite : RM550

Untuk melihat rupa serta saiz bagi setiap bilik boleh lihat di: https://santagrandhotels.com.my/inheriting-local-living/

RUANGAN DALAM BILIK HOTEL

Pengalaman Menginap di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Baiklah, untuk bilik jenis Bong-Soo-Standard ini saiznya sebenarnya sederhana sahaja. Memang cukup sesuai sekiranya anda datang seorang atau berdua. Walaupun begitu, dekorasi dalam biliknya memang cukup cantik dan sangat kemas.

Menariknya lagi disebabkan lokasi hotel ini yang betul strategik, sangat dekat dengan lokasi-lokasi menarik seperti Menara Kuala Lumpur, dan lokasi membeli belah, Selain itu, pengangkutan awam juga sememangnya dekat, jadi senang untuk mereka yang mungkin ingin berjalan-jalan di Kuala Lumpur. 

Pengalaman Menginap di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Pengalaman Menginap di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Bilik hotel ini turut dilengkapi dengan kemudahan moden TV dengan Google Android Chromecast 43" dan Netflix, peti keselamatan dalam bilik, peti sejuk mini, peralatan membuat Kopi & Teh.

Pengalaman Menginap di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Pengalaman Menginap di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Pengalaman Menginap di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Secara keseluruhannya, bagi aku bilik di Santa Grand Signature Kuala Lumpur ini sememangnya cukup selesa. Dengan harga serendah RM190, aku rasa memang cukup berbaloi, terutamanya pemandangan yang sangat cantik. Walaupun saiznya agak sederhana, tetapi bagi aku masih cukup selesa. Mungkin sekiranya anda inginkan lebih selesa boleh memilih bilik yang lebih tinggi nilai harganya. 

KEMUDAHAN DI SANTA GRAND SIGNATURE KUALA LUMPUR

Pengalaman Menginap di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Santa Grand Signature Kuala Lumpur mempunyai sebuah kolam renang infiniti dengan pemandangan Menara Kuala Lumpur yang cukup cantik. Terletak di tingkat teratas, memang sangat cantik pemandangannya tak kira di waktu siang mahupun malam.

Selain itu, di tingkat yang sama terletaknya SkyLounge dan Gym untuk mereka yang ingin bersenam dan mengeluarkan peluh. 

Pengalaman Menginap di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Selain SkyLounge, dua lagi tempat untuk makan adalah Kapitan Cafe dan Kopi Bar. Sarapan yang disertakan sekali dengan penginapan adalah di Kapitan Cafe


Pengalaman Menginap di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Okay, pengalaman bersarapan di sini sebenarnya biasa-biasa sahaja. Mungkin kerana pilihan makanannya yang tidak banyak. Aku berpendapat mungkin sarapan di sini boleh diperbanyakkan lagi supaya tetamu atau mereka yang menginap di sini dapat menikmati juadah yang lebih pelbagai.

PEMANDANGAN KUALA LUMPUR DARI SANTA GRAND SIGNATURE

Pengalaman Menginap di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Pengalaman Menginap di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Walaupun sudah lama berada di Kuala Lumpur, tetapi pemandangan bangunan di bandaraya ini memang cukup cantik. Mungkin kerana aku sejak kecil mengagumi bangunan-bangunan tinggi yang terdapat di sini. Boleh dikatakan hampir kesemua bangunan ikonik boleh dilihat kecuali Menara Berkembar Petronas

Berada di SkyLounge, aku dapat lihat begitu banyak kereta yang hanya kelihatan seperti semut. Manakala di bilik hotel pula, aku dapat lihat warna Menara Kuala Lumpur yang bertukar-tukar di waktu malam, memang cukup cantik. 

KESIMPULANNYA

Pengalaman bermalam di Santa Grand Signature Kuala Lumpur ini sememangnya cukup selesa dan terbaik. Bilik hotelnya yang lengkap dengan kemudahan, terutama penghawa dingin yang cukup sejuk, memang sangat selesa tidur.

Beberapa penambahbaikan mungkin boleh dilakukan di Kapitan Cafe untuk waktu sarapan, dan selainnya semuanya cukup baik untuk aku dan keluarga aku. Lokasinya yang strategik menjadikan hotel ini menjadi pilihan tepat untuk para pelancong dalam dan luar negara sebagai lokasi penginapan ketika percutian di Kuala Lumpur. 

In shaa Allah bertemu lagi dalam review hotel berikutnya. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan dan sebagainya, boleh ajukan di ruangan komen di bawah.

SANTA GRAND SIGNATURE KUALA LUMPUR


🟢LOKASI ; No.36 Menara Santa,Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur Malaysia

🟢HUBUNGI : PHONE (+603) 2027 1969 | FAX (+603) 2027 1979
🟢E-MAIL :  info@santagrandhotels.com.my

🟢LAMAN WEB : https://santagrandhotels.com.my/
🟢FACEBOOK : https://www.facebook.com/sgsklcc
🟢INSTAGRAM : https://www.instagram.com/sgsklcc

SEKIAN

#reviewhotel #santagrandsignaturekualalumpur #travelblogger

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post