Eriza Mencipta Telaga Emosi Melalui Lagu 'Demi Kasih'

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Eriza Mencipta Telaga Emosi Melalui Lagu 'Demi Kasih'

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, kali ini adalah perkongsian tentang seorang penyanyi bakat muda yang sedang meningkat naik iaitu Eriza dengan kemunculan single terbarunya berjudul Demi Kasih. Lagu Demi Kasih ini sudah boleh didengari di semua platform streaming dan juga sebuah muzik video telah dilancarkan di laman YouTube.


{tocify} $title={KANDUNGAN}

ERIZA MENCIPTA TELAGA EMOSI MELALUI LAGU ‘DEMI KASIH’

Eriza Mencipta Telaga Emosi Melalui Lagu 'Demi Kasih'

Eriza, 21 tahun, atau nama sebenarnya Ismar Eriza Allya mempertaruhkan bakat nyanyiannya dengan melancarkan lagu pertama beliau berjudul, ‘Demi Kasih’. Eriza yang membuat kemunculan sulungnya dengan single terbarunya, mendedahkan bahawa pemilihan lagu 'Demi Kasih' sebagai lagu debutnya adalah hasil daripada minat mendalamnya terhadap genre muzik balada.

“Saya memilih lagu ini sebagai debut pertama kerana saya sangat sukakan muzik balada dan mahu mencubanya. Lagu-lagu balada mempunyai daya ungkapan emosi mendalam yang membuatkan saya tertarik dengannya” 
kata Eriza.

Eriza turut menyatakan bahawa lagu ‘Demi Kasih’ hasil komposer dan penulis lirik, Dato Ayu Omel, ini mempunyai jiwa & emosi yang tersendiri apabila menyampaikan lagu ini. 

“Ketika mendengar demo lagu tersebut, hati saya terus tertarik pada lirik dan melodinya. Saya suka bagaimana penulis lirik menggambarkan jiwa seorang wanita yang melalui detik sukar dalam hidupnya apabila terpaksa melepaskan seorang lelaki yang banyak berkorban untuknya.
“Lagu ini agak mencabar bagi saya pada permulaannya, tetapi hasil dari bimbingan semua pihak di label D’Ayu Music memberikan keyakinan bahawa lagu ini akan berjaya menawan hati pendengar terutama mereka yang mengalami situasi yang sama seperti mesej di dalam lagu ini.”

Eriza Mencipta Telaga Emosi Melalui Lagu 'Demi Kasih'

Dato Ayu Omel, sebagai komposer dan penulis lirik, telah mencipta sebuah karya yang sungguh menarik, dan melalui penyampaian penuh emosi Eriza, lagu 'Demi Kasih' dijangka akan menjadi pilihan hati ramai pendengar.

“Eriza kini berada di landasan yang tepat untuk meraih kejayaan dalam dunia muzik, dan kita semua berharap untuk menyaksikan perjalanan kerjayanya yang semakin cemerlang.  “Demi Kasih' adalah lagu yang pasti akan membawa kita dalam pengembaraan melalui emosi yang sejati” 
kata Dato Ayu Omel

Walaupun masih menuntut pelajaran di sebuah universiti tempatan, Eriza telah membuktikan bahawa beliau mampu menguruskan masanya dengan baik dan menganggap perjalanan ini sebagai liku-liku yang perlu dilaluinya dalam meniti kerjaya dalam industri muzik yang mencabar ini.

BAKAT NYANYIAN DAN LAKONAN DALAM MV ‘DEMI KASIH’

Eriza Mencipta Telaga Emosi Melalui Lagu 'Demi Kasih'

Menurut pengurus D’Ayu Music, Nazim Othman, proses persiapan segala bahan lagu ini dibuat dengan teliti terutama pada lagu dan muzik video ‘Demi Kasih’ ini. Muzik video ini adalah hasil produksi dari Motawh Production yang diarahkan oleh As’ad Motawh.

“Apa yang menarik mengenai muzik video ‘Demi Kasih’ ini adalah kami menerapkan bakat lakonan dan nyanyian Eriza di dalamnya. Muzik video ini berkonsepkan penceritaan agar mood yang disampaikan dalam lagu ini lebih berkesan kepada pendengar.
“Pengalaman lakonan Eriza sebelum ini sangat membantu dalam proses menyiapkan muzik video ini”
 ujarnya.

Untuk info, Eriza sebelum ini telah berlakon di dalam sebuah filem ‘Harum Malam’ arahan pengarah terkenal Dain Said, dan beliau telah selesai persiapan akhir untuk sebuah filem yang akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Lagu ‘Demi Kasih’ telah dilancarkan pada 13 Oktober lalu di semua digital streaming bersama Muzik Video di Youtube Channel D’Ayu Music.

Eriza Mencipta Telaga Emosi Melalui Lagu 'Demi Kasih'



LIRIK LAGU : DEMI KASIH - ERIZA


Penyanyi : Eriza
Judul Lagu : Demi Kasih
Komposer : Dato Ayu Omel
Penulis Lirik : Dato Ayu Omel


VERSE 1
Demi semua kisah cintaku bersamamu
Ku khianati hati yang tulus mencintai aku

Maafkan semua kesilapanku kepadamu
Sempurnanya cintamu ini
Ku lepas kau pergi

C/O 1
Kasih,
Kini lena ku dalam mimpi ngeri
Haruskah ku begini?
Tinggalkan hati Yang tulus mencintaiku
Maafkanku,
Tak pernah hargai cintamu
Setia pada diriku
Terhanyutku dalam mimpi yang tak sempurna

VERSE 2
Saat ini kau menanti semua janjiku
Mencintai menyayangi mu Sepenuh hatiku

Namun semua telah terjadi, terpisah kita
Semua kini gelap gelita
Mencari dirimu

C/O 2
Kasih,
Kini lena ku dalam mimpi ngeri
Haruskah ku begini?
Tinggalkan hati Yang tulus mencintaiku
Maafkanku,
Tak pernah hargai cintamu
Setia pada diriku
Terhanyutku dalam mimpi yang tak sempurna


MUZIK VIDEO RASMI LAGU DEMI KASIH - ERIZA


D'AYU MUSIC

Laman Sesawang : https://d.ayupictures.com/music/
YouTube : https://youtube.com/@dayumusic4810
Facebook : https://www.facebook.com/d.ayumusic
Instagram : https://instagram.com/d.ayumusic_official
TikTok : http://www.tiktok.com/@d.ayumusic_official
Twitter : https://twitter.com/d_ayumusic

ERIZA

Instagram : https://www.instagram.com/erizaallya_
Tiktok : https://www.tiktok.com/@erizaallya_

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post