Pengalaman Sertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Sertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0

Alhamdulillah, baru-baru ini aku ada menyertai satu acara menarik iaitu Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 yang berlangsung di Pulau Pinang. Ini merupakan kali pertama aku sertai acara yang telah memasuki edisi ke 5 ini. In shaa Allah kali ini aku akan ceritakan sepenuhnya pengalaman aku menyertai acara ini. 


{tocify} $title={ISI KANDUNGAN}

PENGALAMAN SERTAI MISS SHOPHIA SHOPPING HUNT 5.0

Alhamdulillah, pada 28 Oktober 2023 yang lalu, Tourism Malaysia telah menganjurkan acara Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 di Pulau Pinang. Acara yang kebiasaannya berlangsung di Kuala Lumpur dan Selangor ini telah dibawa ke negeri Pulau Pinang untuk mempromosikan tempat-tempat menarik serta budaya yang ada di negeri ini.

Pengalaman Sertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0

Tidak seperti edisi terdahulu yang terhad kepada pusat beli-belah, Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 merangkumi seluruh Pulau Pinang, menggalakkan para peserta menerokai pelbagai tarikan menarik, daripada tempat membeli belah yang sibuk sehingga ke tapak warisan UNESCO dan juga hidangan kulinari yang lazat. Selain itu, acara pada tahun ini turut memberikan fokus kepada pilihan pengangkutan yang mampan dimana para peserta menggunakan pengangkutan awam dan perkhidmatan e-hailing.

Sebanyak 52 pasukan yang bertanding dalam acara kali ini, menggabungkan pelbagai peserta tempatan dan juga antarabangsa, bersama-sama dengan delegasi media. 


MISS SHOPHIA SHOPPING HUNT 5.0

Pengalaman Sertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0

Aku menyertai acara ini bersama 3 orang lagi ahli kumpulan iaitu AlongMurni [www.alongmurni.com], Zayani [www.nurulzayani.com] dan juga Faez Azmi. Nama bagi kumpulan kami adalah KembaRojak

Alhamdulillah, acara pada hari itu dimulakan dengan pendaftaran para peserta seawal jam 7.00 pagi. Kemudian pada jam 8.45 pagi pula sesi taklimat diadakan kepada para peserta di The Banquet @ The Top, KOMTAR. Seterusnya pada jam 9.30 pagi, acara Flag Off- telah dilaksanakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Musa Hj. Yusof menandakan bahawa telah bermulanya Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0.

Pengalaman Sertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0

Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 kali ini adalah berdasarkan dua siri televisyen popular iaitu Explorace dan juga The Amazing Race.  Setiap pasukan perlu ke beberapa checkpoint yang merupakan lokasi popular di sekitar bandaraya Georgetown. Setiap pasukan akan menerima markah untuk tugasan yang berjaya diselesaikan.

Terdapat 19 checkpoint dan setiap checkpoint mempunyai markah yang berbeza-beza. Antara lokasi-lokasi menarik  untuk checkpoint ini adalah seperti :-

  • The Top @ KOMTAR
  • Hameed Pata Mee Sotong
  • Penang Street Art
  • Harmony Street
  • Ais Tingkap Penang
  • 1st Avenue Mall
  • Gurney Plaza
  • OZO Georgetown
  • Kedai Songkok OSM Mohd Shariff
Pengalaman Sertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0

Pengalaman Sertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0

Masa yang diberikan untuk melengkapkan Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 ini adalah bermula jam 9.30 pagi sehingga 3.00 petang sahaja. Untuk pengiraan markah pula akan dikira sebelum jam 3.00 petang sahaja. Jadi, setiap peserta perlulah menguruskan masa sebaik mungkin. 

Pengalaman Sertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0

Alhamdulillah, untuk acara ini pasukan kami berjaya menghantar 'passport' sebelum waktu tamat. Walaupun terdapat beberapa checkpoint yang tidak dapat pergi kerana kekangan masa, alhamdulilah setiap ahli pasukan KembaRojak seronok sebenarnya kerana setiap aktiviti dan tugasan dilakukan dengan baik. 


MAJLIS PENUTUP MISS SHOPHIA SHOPPING HUNT 5.0 & MAJLIS PELANCARAN MISS SHOPHIA GO TRAVEL 2023 

Pengalaman Sertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0

Majlis penutup dan pengumuman pemenang telah diadakan di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang dimana Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang (PETACE), YB. Wong Hon Wai mempengerusikan majlis penyampaian hadiah.

Pengalaman Sertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0

Datuk Musa Hj. Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Pelancongan Malaysia berkata, 
“Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 adalah perayaan penerokaan pelbagai dan pengembaraan mampan, mempamerkan warisan budaya Malaysia yang kaya. Kami teruja dengan kejayaannya dan menantikan edisi seterusnya.”

Untuk acara Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 ini, antara rakan kongsi termasuklah Penang Global Tourism, Penang Development Corporation, The Top Penang, Gurney Paragon Mall, Malaysia Airlines Berhad, Firefly dan Visa

Selain itu, antara penaja pula adalah seperti OZO Georgetown, The Granite Luxury Hotel, Sunway Lagoon, Lost World of Tambun, dan Spritzer, di samping pusat beli-belah utama seperti Design Village, 1st Avenue Mall, Gurney Plaza dan Sungei Wang Plaza.

Pengalaman Sertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0

Pada acara yang sama turut diadakan majlis pelancaran Miss SHOPhia Go Travel 2023 iaitu merupakan sebuah pameran untuk pelancongan yang berlangsung dari 27 Oktober sehingga 29 Oktober 2023 di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang. 

Pameran pelancongan selama tiga hari ini menjanjikan pengalaman yang mengasyikkan, mengundang perjalanan peminat untuk meneroka pilihan terpilih pakej pelancongan eksklusif, produk dan pengalaman, memfokuskan pada tawaran khusus seperti selam skuba, spa & kesihatan, homestay, taman tema dan pakej sukan.

Acara ini menampilkan 14 peserta pameran terkenal - Bertam Resort & Water Park Penang, Almaz Travel, The TOP Penang, Che Wan Scuba Tenggol, GL Play by Gamuda Land, Flywind Holidays, Firefly, Persatuan Spa Malaysia (AMSPA), Kaki Melangkah, DE’8000, Ombak Dive Resort, Sunway Lost World of Tambun, Great Leisure Heritage Rail dan Pauline Pewter.

ALHAMDULILLAH

Pengalaman Sertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0

Untuk penyertaan edisi pertama bagi kumpulan KembaRojak, kami telah mendapat tempat ke 7 bagi kategori Media. Alhamdulillah, secara peribadi aku bersyukur kerana penyertaan kali pertama membuahkan hasil. In shaa Allah jika diberi peluang dan ruang, serta kesihatan yang baik aku akan menyertai lagi edisi akan datang.

Untuk itu, pertamanya jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan ahli sepasukan kerana berjaya menghasilkan memori-memori indah sepanjang acara ini. Seterusnya, terima kasih kepada Tourism Malaysia kerana menganjurkan acara yang cukup bermakna ini. Semoga dengan acara sebegini dapat memeriahkan lagi industri pelancongan tanah air.

Untuk maklumat lanjut tentang Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 sila layari
www.malaysia.travel atau ikuti kami di Facebook, Miss SHOPhia.

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post