Kejutan Penuh Keriangan dengan Cake Explosion Gift Box daripada CakeRush

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cake Explosion Gift Box

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kebiasaannya apabila tiba hari ulangtahun kelahiran, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya pasti seseorang individu itu akan menerima hadiah. Kejutan atau 'suprise' yang diadakan mungkin sudah boleh dihidu dan kelihatan biasa-biasa sahaja. Contohnya, pemberian hadiah seperti bunga, kek, patung dan sebagainya.

Mencari kelainan dalam membuat kejutan? Tiada idea baru bagaimana memberi kejutan pada si'dia'? Jangan risau, kali ini aku akan kongsikan tentang satu kejutan menarik yang anda boleh buat pada orang tersayang melalui Cake Explosion Gift Box daripada CakeRush.

{tocify} $title={KANDUNGAN}

KEJUTAN PENUH KERIANGAN DENGAN CAKE EXPLOSION BOX DARIPADA CAKERUSH

Cake Explosion Gift Box

Cake Explosion Gift Box : Kejutan penuh keriangan menggabungkan kegembiraan dengan hidangan yang lazat!

Kotak hadiah menarik ini membolehkan anda untuk mencipta hadiah yang benar-benar istimewa dan unik untuk orang yang tersayang. Apabila penerima hadiah membuka kotak, pertamanya mereka akan disambut dengan kejutan yang cukup menggembirakan apabila Rama-rama Terbang (Flying Butterflies) terbang, menambah sentuhan ajaib pada kejutan tersebut.



APA YANG ADA DI DALAM CAKE EXPLOSION GIFT BOX ?

Cake Explosion Gift Box

Setiap Cake Explosion Gift Box dilengkapi dengan produk yang menarik, empat rama-rama yang mempesonakan dan kad mesej yang boleh 'customize' kan. Anda mempunyai pilihan untuk memilih daripada tiga varian produk asas seperti berikut : 

✅ Rainbow Cake
✅ Chocolate Fudge
✅ Pandan Gula Melaka
✅ Walnut Carrot
✅ Ferrero
✅ Teddy Bear

Untuk menambah keseronokan dan lebih drama, anda boleh menambah beberapa kandungan di dalam Cake Explosion Gift Box anda dengan bahan seperti : - 

🎁 4x rama-rama tambahan 
🎁 Gambar yang boleh di'customize' (Custom Pictures)
🎁 Bunga tambahan  (Flower Shower)
🎁 Gula-gula tambahan (Sweets Explosion)

BAGAIMANA CAKE EXPLOSION GIFT BOX BERFUNGSI ? 

Cake Explosion Gift Box

Cake Explosion Gift Box direka untuk memberi kejutan dan kegembiraan. Apabila penerima membuka kotak, rama-rama, gula-gula dan kejutan lain meletus, mencipta detik kegembiraan dan keseronokan yang tulen. Sentuhan foto yang diperibadikan dan pilihan untuk menambah bahan menjadikannya hadiah yang benar-benar tidak dapat dilupakan, sesuai untuk sebarang majlis atau perayaan. 

#1 Buka pada Permukaan yang Rata:

Untuk menikmati pemandangan visual letupan sepenuhnya, dan mencipta hasil terbaik, sentiasa buka Cake Explosion Gift Box pada permukaan yang rata. Ini adalah untuk memastikan rama-rama, gula-gula dan kejutan lain dipamerkan dalam keadaan yang sempurna.

#2 Abadikan Momen:

Cake Explosion Gift Box bukan sekadar hadiah; ia adalah satu pengalaman. Jika boleh, minta seseorang untuk menangkap atau merakam reaksi penerima apabila mereka membuka kotak. Ia akan menjadi suatu untuk yang akan diingati dan dihargai!

#3 Guna Semula dan Nikmati:

Cake Explosion Gift Box ini juga bukan hanya satu keajaiban – ia direka untuk boleh digunakan semula! Hanya gulungkan rama-rama sekali lagi (kira-kira 25-30 kali) dan letakkan semula ke dalam kotak. Voilà! Kotak itu kini bersedia untuk satu lagi kejutan yang menakjubkan. 

KEK DIPERAKUI HALAL !

Jangan risau, semua kek daripada Cake Rush menggunakan bahan tempatan atau import yang disahkan halal. Mereka juga mempunyai kek yang disahkan halal sepenuhnya dan disertakan dengan cop pada kotak. Anda boleh menyemaknya di sini.

Cake Explosion Gift Box

Secara peribadinya, aku berpendapat dengan adanya Cake Explosion Gift Box ini memberikan sesuatu yang unik dan berbeza berbanding hadiah-hadiah yang kebiasaannya diberikan kepada orang tersayang. In shaa Allah aku juga bakal menghadiahkan orang tersayang dengan Cake Explosion Gift Box.

Kepada anda yang berminat mahu membuat tempahan, boleh terus ke laman sesawang mereka di : https://www.cakerush.my/products/cake-explosion-gift-box

CAKE EXPLOSION GIFT BOX BY CAKERUSH



SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post