Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah di Pawagam 11 Januari 2024!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah

Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah bakal ditayangkan secara rasmi di pawagam diseluruh Malaysia bermula 11 Januari 2024 ini. Filem yang dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Fattah Amin, Fazura, Nadhir Nasar, Wan Hanafisu dan ramai lagi ini telah ditayangkan pada tayangan perdana yang diadakan di GSC IOI City Mall, Putrajaya. 

{tocify} $title={KANDUNGAN}

FILEM PENDEKAR AWANG : DARAH INDERA GAJAH DI PAWAGAM 11 JANUARI 2024

Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah

Pada 2 Januari 2024 telah berlangsungnya tayangan perdana filem terbitan Studio Kembara yang berjudul Pendekar Awang Darah Indera Gajah. Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh negara bermula pada 11hb Jan 2024.

Filem yang menelan perbelanjaan kos sebanyak RM12 Juta ini merupakan sekuel kepada filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan atau prekuel kepada filem Mat Kilau 2 yang akan dibikin pada masa hadapan kelak.  Dengan barisan pelakon yang mantap serta kandungan cerita yang menarik ini Studio Kembara berharap ia dapat menghiburkan para penonton.

Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah

Seperti yang dinyatakan sebelum ini konsep hiburan Studio Kembara adalah menyajikan hiburan bermanfaat untuk seisi keluarga. Sambil berhibur diharap filem ini mampu meningkatkan kepada rasa cinta kepada tanahair, menghargai pengorbanan pejuang-pejuang tanah air dahulu kala serta meningkatkan semangat positif lagi terpuji di kalangan anak muda.

Filem kali ini juga turut mengangkat peranan wanita dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan tanahair. Saya mengesyorkan seluruh rakyat Malaysia untuk datang menonton beramai-ramai bersama keluarga. Filem ini mempunyai kualiti tersendiri yang mampu menghibur sambil menyuntik inspirasi kepada seluruh lapisan penonton lelaki dan wanita. InshaALLAH.

jelas Tuan Haji Abdul Rahman Mt Dali, Pengerusi Eksekutif/Penerbit Studio Kembara.


MENYELONGKAR KISAH PERJALANAN TOK GAJAH

Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah

Sejarah ditulis oleh tangan yang menang. Kisah ketika penjajahan British di bumi Pahang, Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah menyelongkar kisah perjalanan Tok Gajah bersama para pahlawan yang tidak didendang yang tidak pernah diberitahu sebelumnya. Peristiwa di dalam Filem Pendekar Awang ini berlaku selepas kebangkitan pahlawan melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh Pahang. 


SINOPSIS FILEM PENDEKAR AWANG : DARAH INDERA GAJAH

Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah

Apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat. Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. Dalam usaha Awang menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran. Berjayakah Awang menyelamatkan Tok Gajah dan Haji Sulong serta menewaskan askar terkuat di dunia yang diketuai Kapten Syers kali ini?

BARISAN PELAKON FILEM PENDEKAR AWANG : DARAH INDERA GAJAH

Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah

  • Fattah Amin sebagai Awang
  • Nur Fazura sebagai Sayang
  • Nadhir Nasar sebagai Tahir
  • Wan Hanafisu sebagai Tok Gajah
  • Nam Ron sebagai Hj. Sulong
  • Amir Ahnaf sebagai Andak
  • Heliza Helmi sebagai Siti
  • Hazwani Helmi sebagai Minah
  • Tissa Biani sebagai Besah
  • Amerul Affendi sebagai Tobah
  • Geoff Andre Feyaerts sebagai Kapten Syers
  • Hasnul Rahmat sebagai Kodi
  • Ruzaidi Rahman sebagai Jalak
  • Syed Ali Murtadha sebagai Nadim
  • Ali Karimi sebagai Brahim

PENDEKAR AWANG : DARAH INDERA GAJAH

Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah
  • Penerbit Eksekutif : Abdul Rahman Dali
  • Penerbit : Abdul Rahman Dali / Ismail Mohd Dali
  • Pengarah : Shahruddin Dali / Saiful Reza
  • Cerita Asal & Lakun Layar : Shahruddin Dali
  • Pengarah Aksi : Actionflo Productions
  • Line Producer : Mohamad Afiq Razali / Irda Ismail
  • Penolong Pengarah 1 : Muhammad Syuqri Rabiay / Raihan Darman
  • Skrip : Shahruddin Dali / Mohd Rohizan Ramli
  • Pengurus Produksi : Khairin Aiman Hashim / Zaidi Mat Zain
  • Pengarah Seni : Musa Maembong 
  • Set Designer : Muhammad Zafrie Ahmad
  • Make Up : Norela Ulis / Kartini Ishak
  • Pengarah fotografi : Stephen Chua Jyh Shyan / Idham Mad Din
  • Koreografi : Reza Hilman Ripani
  • Busana : Akma Suriati Awang
  • Durasi : 110 minit

Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah

TENTANG STUDIO KEMBARA

Studio Kembara ditubuhkan pada tahun 2013 oleh penerbit Abdul Rahman Dali dan penulis skrip Shahruddin Dali. Studio Kembara menyediakan perkhidmatan penerbitan komersial profesional dari filem komersial, filem pendek, drama dan dokumentari. Studio Kembara menumpukan kepada penghasilan isi kandungan yang baik untuk membangunkan ummah selari dengan moto studio, “Hiburan Bermanfaat”.

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post