Wacana Srikandi Bakal Tampilkan Tiga Usahawan Wanita Berjaya 5 Mac ini!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pada tanggal 24 Januari 2024 yang lalu telah berlangsungnya majlis sidang media pelancaran sebuah program yang dikenali sebagai Wacana Srikandi. Program ini dijadualkan bakal berlangsung pada 5 Mac 2024 ini dan segala intipati progam ini telah diuar-uarkan pada majlis sidang media tersebut.

WACANA SRIKANDI BAKAL TAMPILKAN TIGA USAHAWAN WANITA BERJAYA 5 MAC 2024!


SACC Convec Sdn Bhd. (SCSB) dengan bangganya mengumumkan pelancaran program yang julung kalinya diadakan iaitu Wacana Srikandi sempena Hari Wanita Sedunia bakal diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 5 Mac 2024 yang akan dirasmikan oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Dato' Seri Hajah Nancy Shukri.

"Program Wacana Srikandi bertujuan untuk memperingati peranan wanita dalam pelbagai bidang dan memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan. Dengan tema 'Memperkasakan Wanita, Mengarus Perdana Gender', program ini menawarkan pelbagai acara menarik yang akan menyentuh aspek keusahawanan, seni dan pembangunan diri,"
ujar Azlina, Ketua Pegawai Eksekutif SCSB dalam sesi sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam.


PENAMPILAN EKSKLUSIF ANUAR ZAIN, ERNIE ZAKRI & SYAMEL


"Acara menarik yang dijadualkan berlangsung termasuklah penampilan eksklusif artis terkenal seperti Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel. Mereka akan menghiburkan para hadirin dengan penampilan muzik yang pasti memukau", 

tambah Azlina lagi.

Selain itu,  program ini turut menampilkan forum dari tokoh-tokoh usahawan di Malaysia dikendalikan oleh personaliti terkenal iaitu Fedtri Yahya untuk membicarakan aspek ekonomi dan sosial. 

Antara panel yang bakal hadir ialah Aliza Ali, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aleeya Zailan, Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn. Bhd. dan Masitah Mohd Affandy, Penerima Anugerah Pesona Wanita Inspirasi Johor. Forum ini dijangka akan memberi pencerahan kepada para tetamu yang hadir mengenai peranan penting wanita dalam dunia yang kian mencabar ini.

Selain itu, Pusat Konvensyen Shah Alam juga akan menyajikan menu-menu istimewa yang eksklusif dihasilkan oleh Chef terkenal bermula dari pembuka selera, hidangan utama hingga ke pencuci mulut.


Terdapat juga pertunjukan fesyen daripada pereka terkenal iaitu Jedan dengan rekaan eksklusif bertemakan Cahaya di Aidilfitri yang akan memperagakan 30 pasang baju raya dan ianya direka khas sempena program Wacana Srikandi ini. Cabutan bertuah juga bakal diadakan dengan pelbagai hadiah menarik bakal menanti pemenang bertuah.

Program Wacana Srikandi ini ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku penaja utama dan para penaja lain iaitu Menteri Besar Incorporated, Worldwide Holdings Berhad, Selgate Corporation, Argania, Ferraflora dan dengan kerjasama Thrillerz dan Ticket2u.

Kepada yang berminat untuk menyertai program Wacana Srikandi ini bagi bersama-sama menyambut Hari Wanita Sedunia, anda boleh membuat pembelian tiket berharga RM3,500 hingga RM6,000 per meja melalui www.myticket.asia.

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post