Buffet Ramadan 2024 : Citarasa Klasik di Hotel Royal, Kuala Lumpur

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buffet Ramadan 2024 : Citarasa Klasik di Hotel Royal, Kuala Lumpur

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Baiklah, seperti biasa kali ini aku nak kongsikan satu lagi lokasi berbuka puasa yang menarik dengan menu-menu yang sangat enak!

Buffet Ramadan di Hotel Royal Kuala Lumpur, sebuah hotel yang terletak di lokasi cukup strategik iaitu di Bukit Bintang. Orang ramai yang mungkin bercadang ingin membeli belah keperluan hari raya aidilfitri nanti boleh memilih untuk berbuka puasa di sini kerana lokasinya dekat dengan tempat-tempoat membeli belah menarik di Kuala Lumpur.

{tocify} $title={KANDUNGAN}

BUFFET RAMADAN 2024 : CITARASA KLASIK DI HOTEL ROYAL, KUALA LUMPUR

Buffet Ramadan 2024 : Citarasa Klasik di Hotel Royal, Kuala Lumpur

Hotel Royal Kuala Lumpur baru-baru ini mengumumkan Bufet Ramadan 'Citarasa Klasik' mereka untuk bulan Ramadan tahun ini. Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa pelanggan korporat hotel tersebut. Chef eksekutif hotel, Mohd Hafif Mohd Saleh dan briged dapurnya menyediakan hidangan istimewa untuk tetamu tersebut untuk mencuba beberapa persembahan yang akan disediakan dalam Bufet Ramadan tahun ini.

Buffet Ramadan 2024 : Citarasa Klasik di Hotel Royal, Kuala Lumpur

Menampilkan pilihan hidangan tradisional yang sangat digemari oleh pelbagai kumpulan etnik di Malaysia, bufet itu termasuk Nasi Biryani, Kambing Kuzi yang menarik dan Asam Laksa yang cukup popular. 

Buffet Ramadan 2024 : Citarasa Klasik di Hotel Royal, Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2024 : Citarasa Klasik di Hotel Royal, Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2024 : Citarasa Klasik di Hotel Royal, Kuala Lumpur

Selain itu, anda juga boleh memilih daripada pilihan Kerabu yang menyelerakan seperti Kerabu Mangga Muda, Kerabu Daging dan Kerabu Ayam. Bagi penggemar pencuci mulut, nikmati pelbagai jenis Agar-Agar seperti Cendol Agar-Agar, Agar-Agar Santan, Tapai Pulut, Tapai Ubi dan banyak lagi pilihan lain.

Buffet Ramadan 2024 : Citarasa Klasik di Hotel Royal, Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2024 : Citarasa Klasik di Hotel Royal, Kuala Lumpur

Mee Panas dan Goreng Gorengan juga akan menjadi tarikan di Gerai Signature. Terdapat lebih daripada 100 hidangan yang disajikan dalam bufet kali ini. Chef Hafif turut memberitahu menu yang disyorkan untuk dicuba seperti Ekor Sapi Masak Asam Pedas, Masak Lemak Ayam dengan Rebung and Patin Masak Tempoyak

Buffet Ramadan 2024 : Citarasa Klasik di Hotel Royal, Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2024 : Citarasa Klasik di Hotel Royal, Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2024 : Citarasa Klasik di Hotel Royal, Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2024 : Citarasa Klasik di Hotel Royal, Kuala Lumpur

Selain hidangan bufet yang hebat, hotel ini juga akan menyediakan persembahan artis jemputan khas iaitu Kelly Azman dan Ani Mayuni untuk berhibur semasa tetamu berbuka puasa.

HARGA BUFFET RAMADAN DI HOTEL ROYAL, KUALA LUMPUR

Buffet Ramadan 2024 : Citarasa Klasik di Hotel Royal, Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 'Citarasa Klasik' boleh didapati di Restoran Makan Makan, Tingkat Mezzanine Hotel Royal Kuala Lumpur dari 13 Mac hingga 4 April 2024 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam. Bufet ini berharga RM108.00 bersih untuk dewasa dan RM58.00 bersih untuk warga emas dan kanak-kanak. Untuk tempahan berkumpulan 10 pax, 1 pax percuma akan diberikan (maksimum 3 pax sahaja).

Untuk tempahan early bird, (sehingga 5 Mac 2024) harga yang ditawarkan adalah RM88 sahaja.

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh Whatsapps ke nombor talian +60 16-520 0579 atau klik link ini: https://api.whatsapp.com/send?phone=60165200579 

HOTEL ROYAL KUALA LUMPUR



LOKASI : Jalan Walter Granier, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

HUBUNGI : 603 2148 5888
EMAIL : info@hotelroyalkl.com

LAMAN SESAWANG : https://www.hotelroyalkl.com/
INSTAGRAM : https://instagram.com/hotelroyalkl
FACEBOOK :https://www.facebook.com/hotelroyalkualalumpur/


SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!