Lirik Lagu : Noktah Epilog Cinta - Forteen x Izzue Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lirik Lagu : Noktah Epilog Cinta - Forteen x Izzue Islam

Kumpulan muzik tanah air yang pernah popular suatu ketika dahulu dikenali sebagai Forteen kini kembali menghangatkan industri muzik tanah air dengan lagu terbaru berjudul Noktah Epilog Cinta. Lagu ini turut dinyanyikan bersama bekas ahli kumpulan ini iaitu Izzue Islam. Sebuah muzik video turut dilancarkan di laman YouTube dan anda boleh tonton video tersebut di penghujung artikel ini.

LIRIK LAGU : NOKTAH EPILOG CINTA - FORTEEN X IZZUE ISLAM

Judul Lagu : Noktak Epilog Cinta
Penyanyi : Forteen x Izzue Islam
Komposer : Norman Abd Halim, Syahmi Muffins


Setiap doa tak pernah ku lupa
Kita kekal bahagia hinggalah ke syurga
Namun kenapa berkali-kali diduga 
Seolahnya tak direstuiNya

Oh Tuhan, berikan
Kekuatan dan sinar harapan 

Gelora jiwa, badai cinta tak berkesudahan 
Mereka bagai bahagia, kita dalam kepiluan
Entahlah bila kau akan seperti dulu 
Atau inikah noktah terakhirnya 
Epilog cinta kita 

Setiap malam hatiku terbayang 
Detik-detik indah bersamamu oh sayang 
Hanya itu yang menjadi tugu pedoman 
Melawan arus deras dipersimpangan 

Oh Tuhan, makbulkan
Semoga dia kembali padaku 

Gelora jiwa, badai cinta tak berkesudahan 
Mereka bagai bahagia, kita dalam kepiluan
Entahlah bila kau akan seperti dulu 
Atau inikah noktah terakhirnya 
Epilog cinta kita 

Ada kalanya terfikir-fikir diminda
Bawa kau pergi jauh dari sini
Apakan daya segala dilema 
Menjeratkan kita

Gelora jiwa, badai cinta tak berkesudahan 
Mereka bagai bahagia, kita dalam kepiluan
Entahlah bila kau akan seperti dulu 
Atau inikah noktah terakhirnya 
Epilog cinta kita 

Gelora jiwa, badai cinta tak berkesudahan 
Mereka bagai bahagia, kita dalam kepiluan
Entahlah bila kau akan seperti dulu 
Atau inikah noktah terakhirnya 
Epilog cinta kita


MUZIK VIDEO RASMI LAGU NOKTAH EPILOG CINTA - FORTEEN X IZZUE ISLAM


SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post