Pengalaman Jumpa Doktor Melalui Appointment MySejahtera di UTC Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Jumpa Doktor Melalui Appointment MySejahtera di UTC Selangor

Baru-baru ini aku pulang ke kampung di Kulim, Kedah selama beberapa hari. Seperti mana yang anda sudah sedia maklum, negeri-negeri utara Malaysia mengalami cuaca panas yang agak melampau.

Balik sahaja ke sana, aku mula merasakan bahangnya. Masuk hari kedua terus demam panas yang agak teruk. Habis tergendala kerja-kerja yang aku dah rancang untuk siapkan mengikut tarikh. Alhamdulillah selepas makan panadol dan sebagainya, demam sudah semakin baik, tetapi muncul satu lagi simptom susulan iaitu batuk dan kahak.

Aku tak sempat nak ke Klinik Kesihatan di sana memandangkan cuti pun dah habis, jadi aku terpaksa pulang ke Lembah Klang dalam keadaan batuk yang agak teruk dan berkahak.


PENGALAMAN JUMPA DOKTOR MELALUI APPOINTMENT MYSEJAHTERA DI UTC SELANGOR


{tocify} $title={KANDUNGAN}

Sampai sahaja di KL, aku ada acara di Shah Alam pada sebelah pagi. Melihat pada jadual macam ada waktu kosong untuk ke klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan, aku pun terus membuat temujanji atau appointment di dalam aplikasi MySejahtera. Alhamdulillah, aku dapat membuat temujanji pada jam 5.30 petang. Itu sahaja waktu yang ada untuk hari tersebut. 

Pengalaman Jumpa Doktor Melalui Appointment MySejahtera di UTC Selangor

Acara pada pagi tersebut habis sekitar jam 2.00 petang dan untuk ke jam 5.30 petang masih lambat lagi. Jadi, aku pun terus ke UTC Selangor yang mana merupakan tempat dimana beradanya klinik kesihatan.

Sampai sahaja di sana, memang ramai orang yang hadir, masing-masing datang ke UTC untuk melakukan urusan masing-masing. Seterusnya aku bertanya pada staff klinik kesihatan sekiranya aku boleh walk-in sahaja tanpa membuat temujanji. Sebabnya appointment 5.30 petang lambat lagi!

Pengalaman Jumpa Doktor Melalui Appointment MySejahtera di UTC Selangor

Staff memberitahu, aku boleh sahaja daftar seperti biasa dan petugas akan memberikan slot sekiranya terdapat ruang masa yang tersedia. Okay. Aku pun rasa macam baik aku cancel kan appointment dan menunggu sahaja seperti orang lain. 

Bila aku buka di aplikasi MySejahtera, ada pulak butang untuk reschedule, aku tekan butang tersebut dan tiba-tiba ada waktu appointment 3.30 petang. Iaitu 30 minit sahaja lagi. Jadi, aku pilih waktu tersebut dan sekitar jam 3.15 petang aku dah berada di depan klinik kesihatan UTC Selangor.

DAFTAR NOMBOR GILIRAN

Pengalaman Jumpa Doktor Melalui Appointment MySejahtera di UTC Selangor

1) Okay, di depan pintu klinik terdapat satu kaunter untuk mendaftar, ada seorang jururawat disitu. Beritahu bahawa anda sudah membuat appointment di MySejahtera. Kemudian, anda perlu scan QR menandakan bahawa anda sudah sampai.

2) Jururawat tersebut akan mengambil maklumat seperti sakit apa, tekanan darah anda dan sebagainya. Seterusnya, nombor giliran akan diberi.

DAFTAR MASUK & PEMBAYARAN RM1

Pengalaman Jumpa Doktor Melalui Appointment MySejahtera di UTC Selangor

Tak sampai beberapa minit, nombor aku terus dipanggil untuk masuk ke Kaunter 1 untuk membuat pendaftaran maklumat. Memandangkan ini kali pertama aku ke klinik ini, maklumat seperti nama, no kad pengenalan, alamat , no telefon waris perlu diberikan untuk diisi pada kad pesakit.

Seterusnya aku perlu membayar RM1 untuk perkhidmatan yang bakal diberikan dan selesai di kaunter 1, aku perlu keluar semula menunggu untuk masuk ke bilik untuk berjumpa doktor.

JUMPA DOKTOR

Seperti tadi juga, tak sampai beberapa minit, nombor aku dipanggil untuk berjumpa doktor. Alhamdulillah, selesai konsultansi bersama doktor, aku perlu mengambil darah dan darah tersebut didiagnosis untuk ketahui sekiranya ada masalah lain. 

Pengalaman Jumpa Doktor Melalui Appointment MySejahtera di UTC Selangor

Alhamdulillah, selesai semua itu, aku terus ke kaunter farmasi untuk mengambil ubat. Tak perlu menunggu lama, aku terus berikan slip kepada ahli farmasi yang bertugas, dan ubat terus diberikan pada waktu tersebut. Sangat pantas.

KESIMPULANNYA

Secara keseluruhannya, waktu yang diambil untuk semua urusan ini tidak sampai 1 jam pun. Sangat pantas, berbeza sekiranya aku ke klinik kesihatan di Kulim, masanya agak lama. Alhamdulillah, urusan aku selesai awal dan aku boleh terus ke lokasi acara berikutnya.

UTC Selangor bagi aku sebuah lokasi yang efisien, cumanya satu perkara agak mengganggu aku iaitu pendingin hawanya tidak berfungsi dengan baik, kipas digunakan untuk memberikan pengudaraan buat pengunjung tetapi masih terasa panas, dan aku berpeluh kuat ya. Mungkin itu boleh diperbaiki.

Baiklah, sekian sahaja kisah aku berjumpa doktor melalui appointment MySejahtera di UTC Selangor.

SEKIAN


UTC Selangor

Lokasi : Anggerik Mall, NO.5, JALAN 14/8, 
Seksyen 14, Shah Alam, 40000, Selangor, Malaysia


1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post