Tayangan Filem 'A Mother's Touch' Sempena Sambutan Hari Ibu

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tayangan Filem 'A Mother's Touch' Sempena Sambutan Hari Ibu

Pada tanggal 11 Mei 2024 yang lalu telah diadakan satu tayangan istimewa filem ‘A Mother’s Touch’ bakal diadakan menerusi kerjasama antara Yayasan Jepun Kuala Lumpur, Media Prima dan Golden Screen Cinemas. Bersempena dengan sambutan Hari Ibu yang bakal tiba, tayangan ini bertempat di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur dengan dua sesi tayangan pada pukul 10.30 pagi dan 1.30 petang. Tayangan filem ini merupakan salah satu inisiatif oleh ‘The Weekend Japanese Film Show’. 

Tayangan Filem 'A Mother's Touch' Sempena Sambutan Hari Ibu

Tayangan Filem 'A Mother's Touch' Sempena Sambutan Hari Ibu

‘A Mother’s Touch’ merupakan filem yang diadaptasi daripada kisah benar seorang profesor buta dan pekak pertama di dunia, Fukushima Satoshi bersama ibunya yang sentiasa menyokongnya. Filem ini menggarapkan nilai kasih sayang seorang ibu dan semangat seorang lelaki yang kehilangan daya penglihatan dan pendengaran ketika usia muda. Penemuan teknik berkomunikasi kaedah ‘Braille’ telah memberi sinar harapan baharu beliau untuk terus kuat dalam menempuh cabaran hidup yang dihadapinya.

Tayangan Filem 'A Mother's Touch' Sempena Sambutan Hari Ibu

Tayangan istimewa ‘A Mother’s Touch’ anjuran oleh Yayasan Jepun Kuala Lumpur dengan kerjasama Media Prima dan disokong oleh Golden Screen Cinemas terbuka kepada orang ramai menerusi tempahan tiket percuma. Yuki Takafumi selaku penerbit dan penulis skrip Yokomaku Tomohiro juga telah tampil di tayangan istimewa ini untuk berinteraksi dengan penonton dalam sesi Soal Jawab selepas tayangan untuk berkongsi kisah filem ini secara lebih mendalam terutama dalam proses pembikinan filem ini.

Tayangan Filem 'A Mother's Touch' Sempena Sambutan Hari Ibu

Bagi mereka yang tidak dapat sertai tayangan istimewa ‘A Mother’s Touch’ ini, filem tersebut akan mula ditayangkan bulan Mei 2024 ini secara eksklusif dan HD melalui platform penstriman Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. 

Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

SEKIAN


Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!