Ulasan Filem Siksa Neraka (2023) : Gambaran Seksaan Neraka

Aerill Hassan
2
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ulasan Filem Siksa Neraka (2023) : Gambaran Seksaan Neraka

FIlem Siksa Neraka (2023) merupakan sebuah filem seram Indonesia yang diarahkan oleh Anggy Umbara. Filem ini merupakan adaptasi daripada komik dengan judul yang sama karya MB Rahimsyah. Komik ini merupakan salah satu daripada pelbagai komik yang menggambarkan kisah seksaan di neraka. Komik ini dikatakan sangat popular pada dekad '90-an. 

Filem terbitan Dee Company ini dibintangi oleh Ratu Sofya, Slamet Rahardjo, Kiesha Alvaro, Ariyo Wahab, Nayla Denny Purnama, Rizky Fachrel dan Astri Nurdin. Filem Siksa Neraka mula ditayangkan di pawagam Indonesia pada 14 Disember 2023.

(toc) #title=(Table of Content)

FILEM SIKSA NERAKA (2023)

Ulasan Filem Siksa Neraka (2023) : Gambaran Seksaan Neraka

Pengarah : Anggy Umbara
Penulis : Lele Laila
Berdasarkan Siksa Neraka oleh
MB Rahimsyah
Dihasilkan : Dheeraj Kalwani
Sinematografi : Enggar Budiono
Suntingan : Gita Miaji
Muzik : AL
Syarikat penerbitan : Dee Company / Umbara Brothers Film
Tarikh tayangan : 14 Disember 2023
Masa tayangan : 98 minit
Negara :Indonesia
Bahasa : Indonesia


BARISAN PELAKON FILEM SIKSA NERAKA (2023)

Ulasan Filem Siksa Neraka (2023) : Gambaran Seksaan Neraka

  • Ratu Sofya sebagai Tyas
  • Kiesha Alvaro sebagai Fajar
  • Ariyo Wahab sebagai Syakir
  • Nayla D. Purnama sebagai Azizah
  • Rizky Fachrel sebagai Saleh
  • Astri Nurdin sebagai Ibu Rika
  • Slamet Rahardjo sebagai Pak Harjo
  • Ingrid Widjanarko sebagai Mbok Inah
  • Joseph Kara sebagai Pak Haji
  • Yassien Omar sebagai Saleh kecil
  • Zidan Zhu sebagai Fajar kecil
  • Kanaya Tsabitah sebagai Tyas kecil
  • Gattleya Zyanyani sebagai Azizah kecil
  • Wina Marrino sebagai Ibu Dini
  • Bella Novita
  • Rency Milano
  • Syakira Humaira

SINOPSIS FILEM SIKSA NERAKA (2023)

Ulasan Filem Siksa Neraka (2023) : Gambaran Seksaan Neraka

(Bahasa Indonesia) Empat kakak beradik, Saleh (Rizky Fachrel), Fajar (Kiesha Alvaro), Tyas (Ratu Sofya), dan Azizah (Nayla Purnama) tumbuh di lingkungan keluarga agamis. Sejak kecil mereka terbiasa soal kisah surga dan neraka.

Orang tua mereka berharap anak-anaknya bisa mengamalkan perbuatan yang akan membawa ke surga dan menghindari dosa-dosa yang akan membawa mereka ke neraka. Apalagi, bapak mereka (Ariyo Wahab) merupakan seorang ustaz muda terpandang di desa mereka.

Suatu malam, Saleh dan adik-adiknya melakukan perjalanan diam-diam ke desa seberang yang mengharuskan mereka menyeberangi sungai. Air sungai yang meluap membuat keempat kakak beradik tersebut terseret arus sungai yang deras dan menghilang. Usai berhari-hari dilakukan pencarian, satu persatu dari mereka mulai ditemukan dengan kondisi tak bernyawa.

Suatu ketika, Saleh terbangun di alam lain yang mirip dengan neraka yang selalu dikisahkan bapaknya. Di sana, Saleh melihat beragam rangkaian siksa yang mengerikan, berupa lidah yang terpotong, tangan yang dipenggal, sengatan makhluk raksasa, serta terpanggang oleh alat pemanas dengan api yang membara.

Ulasan Filem Siksa Neraka (2023) : Gambaran Seksaan Neraka

Di lain sisi, satu per satu rahasia dan dosa Saleh, Fajar, Tyas, dan Azizah selama hidup terungkap. Hal ini membuat bapak dan ibu (Astri Nurdin) mempertanyakan ajaran agama yang mereka sampaikan selama ini.
Sementara itu di neraka, Saleh dan adik-adiknya saling mencari satu sama lain sambil menghadapi siksaan yang keji.

ULASAN FILEM SIKSA NERAKA (2023)

Baru-baru ini aku berkesempatan meluangkan masa untuk menonton sebuah filem yang diharamkan tayangannya di Malaysia dan Brunei iaitu filem Siksa Neraka (2023). Bagaimana aku menonton filem ini sedangkan tayangannya diharamkan? Aku menonton filem ini melalui tayangannya di aplikasi Netflix.

Ulasan Filem Siksa Neraka (2023) : Gambaran Seksaan Neraka

Alhamdulillah, selesai menonton filem ini, jadi tibalah masa untuk aku memberikan sedikit ulasan aku tentang filem ini secara keseluruhannya. Terimalah ulasan aku yang tidak seberapa ini.

Filem Siksa Neraka (2023) ini merupakan adaptasi komik dengan judul yang sama. Walaubagaimanapun aku belum pernah membaca dan melihat komik itu sendiri, jadi aku tiada sebarang gambaran awal tentang filem ini. Filem berdurasi 98 minit ini bagi aku sangat pendek. 

Ulasan Filem Siksa Neraka (2023) : Gambaran Seksaan Neraka

Plotnya juga senang difahami, bagaimana empat orang adik beradik yang dibesarkan dalam keluarga yang kuat agamanya, tetapi apabila semakin dewasa masing-masing mempunyai perangai dan kelakuan masing-masing. Sehinggalah satu kejadian terjadi apabila mereka lemas dan 3 daripada 4 terbunuh manakala seorang lagi selamat tetapi dalam keadaan koma. Kemudiannya, mereka berempat dibangkitkan dalam neraka dan diberikan seksaan neraka mengikut perbuatan dan kesalahan yang dilakukan. Di dunia nyata pula, emak dan ayah mereka mencari jenazah mereka yang hanyut dan segala perbuatan dan kesalahan anak mereka terungkai satu persatu oleh jiran tetangga.

Ya, filem ini memberikan kesedaran kepada manusia tentang seksaan neraka atas perbuatan terlarang yang dilakukan di dunia, tetapi mungkin ada perbalahan dan perbezaan antara seksaan neraka yang diajar oleh agama berbanding dengan filem ini. Untuk bercerita tentang itu, mungkin aku perlu membaca lebih banyak tentangnya dan mungkin orang yang lebih berpengetahuan boleh mengulas tentangnya.

CGI dalam filem ini pula memang pada tahap yang bagus. Aku boleh lihat setiap seksaan yang dipaparkan begitu ngeri. Pujian juga diberikan pada pelakon kerana berjaya melakonkan kejadian di neraka, menghadapi seksaan yang berterusan dan menyakitkan. 

Ulasan Filem Siksa Neraka (2023) : Gambaran Seksaan Neraka

Untuk isu mengapa diharamkan di Malaysia, aku tidak pasti mengapa. Mungkin kerana ada kena mengena dengan akidah dan sebagainya. Berikut adalah antara komen netizen di aplikasi Twitter tentang mengapa filem ini dharamkan.

“Untuk bertanya kenapa diharamkan, sebab perkara Sam'iyyat contoh siksa kubur, siksa neraka tak boleh kita buat rekaan. Cukup sekadar mengimani bagaimana siksaannya wujud berlaku berdasarkan sumber Quran dan Hadith,” ulas @wan_tesla.

“Memang patut diharamkan. Neraka dan syurga adalah benda yg manusia tak boleh imaginasikan. Kita mendengar tapi kita tak dapat imaginasikannya sebab melangkaui pemikiran kita. Allah SWT melarang kita berfikir luar dari kemampuan kita,” ulas @farahaz_97.
“Syurga dan neraka, salah satu perkara yang TIDAK BOLEH DIGAMBARKAN dengan lakonan atau lukisan! Dahsyatnya tak tergambar. Dalam Al-Quran sendiri melarang. How can you gambarkan sesuatu yang ghaib? Yang Rasulullah SAW sendiri tak dapat gambarkan melalui perkataan?” soal @Iloikeeveryone pula.
Ulasan Filem Siksa Neraka (2023) : Gambaran Seksaan Neraka

Secara keseluruhannya, filem ini bagi aku bukanlah sebuah filem seram, tetapi lebih kepada filem ngeri. Ngeri melihat seksaan yang ditonjolkan, walaupun beberapa babak seram masih ada, tetapi kengeriannya melangkaui batas seram. Untuk anda yang sudah menonton filem ini, apa pendapat anda pula?

Untuk itu, aku berikan filem ini : -

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐/10

SEKIAN

RUJUKAN :
  • Netflix
  • Google Image
  • Wikipedia

Post a Comment

2Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Cerita ni banyak manfaat dia. Cuma tu la dengar kata haritu Malaysia banned tak bagi keluar wayang, betul ke? Kalau betul, ish3

    ReplyDelete
  2. Baru gambaran dah seram. Bayangkan jika betul. Allahu >.<

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!