Siti Nurhaliza Raikan 30 Tahun Karier Seni Menerusi Konsert Legacy 30 di Stadium Nasional Bukit Jalil

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siti Nurhaliza Raikan 30 Tahun Karier Seni Menerusi Konsert Legacy 30 di Stadium Nasional Bukit Jalil

Biduanita Negara dan ikon muzik Asia, Dato' Sri Siti Nurhaliza akan meraikan perjalanan seni selama tiga dekad dalam industri muzik menerusi konsert mega Legacy 30 Siti Nurhaliza pada 10 Januari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Konsert ini menjadi kemuncak sambutan 30 tahun penglibatan Siti Nurhaliza dalam dunia seni yang bukan sahaja menandakan dedikasi, cinta dan keikhlasan beliau terhadap muzik tetapi juga mengangkat warisan seni Malaysia ke persada antarabangsa.

Dengan kapasiti kira-kira 60,000 penonton, Stadium Nasional Bukit Jalil dipilih sebagai lokasi terbaik untuk menghimpunkan para peminat dan pencinta seni dari seluruh negara dan rantau Asia.

Penganjur konsert, SN Legacy Sdn. Bhd. menegaskan bahawa pengannjuran di stadium ikonik ini bukan bertujuan memecah rekod kehadiran di stadium ikonik ini bukan bertujuan memecah rekod kehadiran 70,000 penonton Konsert Fantasia Tour 2004, sebaliknya sebagai satu perancangan yang teliti bagi memberi pengalaman konsert yang selesa, epik dan penuh makna kepada semua peminat.

Siti Nurhaliza Raikan 30 Tahun Karier Seni Menerusi Konsert Legacy 30 di Stadium Nasional Bukit Jalil

"Legacy 30 bukan sekadar konsert tetapi sebuah simbol perjalanan pengorbanan dan kejayaan seni saya sepanjang 30 tahun," ujar Siti Nurhaliza.

"Saya mahu peminat yang selama ini menyokong saya dapat bersama-sama meraikan detik istimewa ini, menyelami semula karya-karya yang telah menjadi detik istimewa ini, menyelami semula karya-karya yang telah menjadi sebahagian daripada kenangan dan sejarah karier" kata Siti yang telah merakamkan lebih 20 buah album.

Penganjuran konsert ini juga tepat pada waktunya kerana berlangsung seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2026. Momentum ini diharap dapat menarik kehadiran peminat Siti Nurhaliza dari pelbagai negara untuk datang ke Malaysia, menikmati keindahan muzik, seni dan budaya tempatan, sekali gus menyokong usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya dan hiburan yang bertaraf dunia.

Siti Nurhaliza Raikan 30 Tahun Karier Seni Menerusi Konsert Legacy 30 di Stadium Nasional Bukit Jalil

Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza dibawakan khas oleh Cuckoo dan penganjur utama AFFIN Bank. Sebagai menghargai peminat dan pelanggan setia, Pra-Jualan Eksklusif AFFIN akan dibuka 1 Oktober 2025 jam 12 tengah hari hingga 3 Oktober 2025 jam 12 tengah hari, khusus untuk pemegang Kad Debit dan Kad Kredit AFFIN.

Juala tiket kepada orang ramai kan bermula pada 3 Oktober 2025 jam 3 petang, menerusi laman rasmi www.ticket2u.com. Harga tiket ditawarkan bermula RM69 hingga RM1,599 dengan pelbagai kategori tempat duduk.

Konsert Legacy 30 bukan sahaja menjadi persembahan bersejarah Siti Nurhaliza dalam dekad ini tetapi juga manifestasi rasa syukur dan cinta beliau kepada peminat yang telah menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan kariernya. 

BUTIRAN KONSERT 

Siti Nurhaliza Raikan 30 Tahun Karier Seni Menerusi Konsert Legacy 30 di Stadium Nasional Bukit Jalil


Konsert : Legacy 30 Siti Nurhaliza
Tarikh : 10 Januari 2026
Lokasi : Stadium Nasional Bukit Jalil (kapasiti ±60,000 penonton)
Penganjur : SN Legacy Sdn. Bhd.
Dibawakan oleh : Cuckoo & AFFIN Bank

Siti Nurhaliza Raikan 30 Tahun Karier Seni Menerusi Konsert Legacy 30 di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pra-Jualan Eksklusif AFFIN :
  • 1 Oktober 2025 (12 tengah hari) hingga 3 Oktober 2025 (12 tengah hari)
  • Khas untuk pemegang Kad Debit & Kad Kredit AFFIN

Jualan Tiket Umum :
  • Bermula 3 Oktober 2025, jam 3 petang
  • Laman web: www.ticket2u.com
  • Harga tiket: RM69 – RM1,599 (pelbagai kategori)
Selamat membeli tiket!

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!