Hari Terbuka TVET YRMS-ILKBS 2025: Memperkasa Belia Melalui Kemahiran dan Peluang

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari Terbuka TVET YRMS-ILKBS 2025: Memperkasa Belia Melalui Kemahiran dan Peluang

Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) di bawah naungan diraja D.Y.T.M. Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, baru-baru ini telah menganjurkan Hari Terbuka TVET YRMS–Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) 2025 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua.

Hari Terbuka TVET YRMS-ILKBS 2025: Memperkasa Belia Melalui Kemahiran dan Peluang

Program ini berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peserta, terdiri daripada pelajar, alumni, rakan industri dan komuniti setempat. Ia merupakan usaha berterusan YRMS dalam memperkasa golongan belia melalui pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET), ke arah masa depan yang berkemahiran dan berdaya saing.

MEMPERKASA BELIAU MELALUI KEMAHIRAN DAN PELUANG 

Hari Terbuka TVET YRMS-ILKBS 2025: Memperkasa Belia Melalui Kemahiran dan Peluang

Ditubuhkan pada tahun 2003 atas titah D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, YRMS berperanan menyediakan peluang kepada golongan belia yang kurang kecenderungan akademik untuk mengasah bakat dan potensi diri melalui pendekatan berasaskan kemahiran.

Menurut Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YRMS, Y.A.D. Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj bin Raja Tun Uda Alhaj, YRMS kekal komited membantu golongan muda membina impian dan masa depan yang mampan.

“YRMS memainkan peranan penting dalam membantu golongan belia daripada keluarga berpendapatan rendah tanpa mengira bangsa atau agama, agar mereka dapat membina kehidupan yang lebih baik melalui laluan kemahiran. Fokus kami bukan sekadar pendidikan teknikal, tetapi juga pembangunan sahsiah dan potensi diri,” 

katanya.

Sejak penubuhannya, YRMS telah memberi manfaat kepada lebih 7,600 belia Malaysia berumur antara 16 hingga 30 tahun daripada latar belakang B40 melalui pelbagai program latihan kemahiran, pembangunan diri dan kerjaya.

PENGISIAN ACARA UTAMA

Hari Terbuka TVET YRMS-ILKBS 2025: Memperkasa Belia Melalui Kemahiran dan Peluang

1. Pertandingan TVET–TVET untuk Masa Depan Mampan

Pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar sekolah, kolej dan institusi latihan untuk mempamerkan inovasi serta penyelesaian lestari. Ia juga memupuk kreativiti dan kesedaran terhadap kepentingan pembangunan hijau dalam industri.


2. Bengkel Eksplorasi Diri (Self-Discovery Workshop – SDW)

Program bimbingan kendiri untuk pelajar Tingkatan 5 daripada keluarga B40 yang menekankan pembangunan sahsiah, kerja berpasukan dan pendedahan kepada peluang latihan serta kerjaya dalam bidang TVET.


3. Kaunseling Kerjaya dan Kelas Pengurusan Kewangan

Kelas pengurusan kewangan dikendalikan oleh Tymba Education, manakala sesi kaunseling kerjaya oleh PERKESO memberi pendedahan tentang prospek pekerjaan, jaringan sosial dan persediaan temuduga bagi pelajar serta alumni YRMS.


4. Anugerah YRMS 2025

Majlis pengiktirafan kepada pelajar terbaik dalam kategori Kecemerlangan Akademik, Pencapaian Latihan, Penglibatan Komuniti, Ikon Pelajar YRMS, dan Kolej Paling Suportif.


5. Penyerahan Sijil Kolaborasi (Certificate of Collaboration – CoC)

Sebagai simbol jalinan kerjasama strategik antara YRMS dan rakan industri serta institusi latihan, penyerahan CoC diadakan bagi mengiktiraf komitmen bersama memperkukuh pembangunan kemahiran belia di Selangor.


6. Penyerahan Bantuan dan Sumbangan Amal

Lima (5) unit komputer riba disumbangkan kepada pelajar IKTBN Dusun Tua serta sumbangan kepada dua (2) rumah kebajikan terpilih sebagai sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat YRMS.

Hari Terbuka TVET YRMS-ILKBS 2025: Memperkasa Belia Melalui Kemahiran dan Peluang

Hari Terbuka TVET YRMS-ILKBS 2025: Memperkasa Belia Melalui Kemahiran dan Peluang

Tahun ini juga memperkenalkan beberapa inisiatif komuniti baharu, termasuk tajaan cermin mata percuma oleh 99 Vision, Jualan Ehsan bersama KPDN dan PKPS, serta sesi fisioterapi percuma tajaan Centurise Group dan BenPhysio untuk 100 penerima manfaat.

“Inisiatif sebegini memperlihatkan nilai kemanusiaan dan semangat kesukarelawanan yang selaras dengan matlamat YRMS untuk membantu masyarakat.”


KOLABORASI STRATEGIK TVET SELANGOR 

Hari Terbuka TVET YRMS-ILKBS 2025: Memperkasa Belia Melalui Kemahiran dan Peluang

Dalam ucapannya, Y.A.D. Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) atas kerjasama strategik sejak 2018. Kerjasama ini memupuk bakat belia dan melahirkan tenaga muda mahir melalui pendidikan TVET, termasuk pemberian tajaan kepada pelajar institusi kemahiran di Negeri Selangor.

 “Kolaborasi ini penting bukan sahaja untuk memperkukuh ekosistem TVET di Selangor, malah meluaskan jangkauan YRMS dalam membantu belia yang memilih aliran kemahiran sebagai batu asas masa depan mereka,” 

katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Hari Terbuka TVET–YRMS–ILKBS 2025 di IKTBN Dusun Tua.


MAJLIS UTAMA & PENGHARGAAN

Majlis rasmi dijadualkan bermula pada jam 12.45 tengah hari, dengan ucapan daripada wakil IKTBN Dusun Tua dan YRMS, diikuti penyampaian hadiah Pertandingan TVET, Anugerah YRMS serta penyerahan bantuan dan sijil kolaborasi.

Pengerusi YRMS turut merakamkan penghargaan kepada semua penaja dan rakan strategik seperti Yayasan Albukhary, Sime Darby Property dan Worldwide Holdings atas sokongan berterusan terhadap agenda pembangunan belia.

“Sumbangan mereka membolehkan YRMS melaksanakan pelbagai program kemahiran dan komuniti dengan lebih berkesan. Semoga usaha ini menjadi amal jariah yang berpanjangan,” 

katanya.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN TVET 2025

Pertandingan TVET 2025 disertai 10 institusi pendidikan (lima sekolah dan lima kolej). Semua peserta menerima penghargaan atas usaha dan inovasi masing-masing.

Hari Terbuka TVET YRMS-ILKBS 2025: Memperkasa Belia Melalui Kemahiran dan Peluang

Kategori Pelajar Sekolah
  • Johan: SMK Jugra
  • Naib Johan: SMK Bandar Seri Putera
  • Tempat Ketiga: SMK Bandar Puchong Jaya (Projek: Bio Plastic)
  • Saguhati: SMK Bandar Puchong Jaya (Projek: Eco Stable Soil)
  • Saguhati: SMK Seksyen 27

Hari Terbuka TVET YRMS-ILKBS 2025: Memperkasa Belia Melalui Kemahiran dan Peluang


Kategori Pelajar Kolej
  • Johan: IKBN Kemasik
  • Naib Johan: IKBN Peretak
  • Tempat Ketiga: Kolej Komuniti Kuala Langat
  • Saguhati: IKTBN Dusun Tua
  • Saguhati: IKTBN Kuala Perlis

PENERIMA ANUGERAH YAYASAN RAJA MUDA SELANGOR (YRMS) 

Hari Terbuka TVET YRMS-ILKBS 2025: Memperkasa Belia Melalui Kemahiran dan Peluang


Pelajar Terbaik dalam Kecemerlangan Akademik:
  • Mohamad Iman Hakimi bin Abdul Hadi (Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin)(Wakil penerima: Puan Rosmaniza binti Mohd Zain – sedang berada di China)

Pelajar Terbaik dalam Latihan:
  • Farhana binti Kamaruddin (IKBN Peretak)

Pelajar Terbaik dalam Kerja Komuniti:
  • Nurul Maisarah binti Mazlan (Politeknik Melaka)

Ikon Pelajar YRMS:
  • Nor Muhammad Muzhaffar Shah bin Zahalan (Politeknik Banting) dipilih atas penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum serta sumbangan signifikan dalam ekosistem pelajar TVET.


TENTANG YAYASAN RAJA MUDA SELANGOR (YRMS) 

Yayasan Raja Muda Selangor ialah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) tanpa keuntungan dan berpengecualian cukai yang ditubuhkan pada tahun 2003. Penaung Dirajanya, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah, meneruskan visi untuk memperkasa generasi muda Selangor.

YRMS menumpukan pembangunan belia melalui tiga teras utama:
  1. Talent for the World (Bakat untuk Dunia)
  2. Skills-Based Training (Latihan Berasaskan Kemahiran)
  3. Self-Discovery Workshop (Bengkel Eksplorasi Diri – SDW)

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YRMS, Muhammad Syazwan Daut, penganjuran tahun ini mendapat sambutan luar jangkaan dengan penyertaan dari seluruh negara termasuk Terengganu dan Perlis. Program SDW melibatkan 217 pelajar sekolah menengah sekitar Hulu Langat, diberi pendedahan sehari sebagai pelajar TVET melalui modul seperti jentera berat, reka bentuk industri, percetakan 3D dan pelbagai bidang kemahiran lain.

Beliau menegaskan bahawa TVET bukan lagi aliran kelas kedua, tetapi laluan kerjaya strategik dengan tempoh latihan 2–3 tahun sebelum memasuki pasaran pekerjaan. Antara inovasi pelajar termasuk sistem pemutus arus kereta ketika banjir dan penukaran tenaga kinetik kepada elektrik untuk kegunaan sekolah, membuktikan kemampuan belia mencipta solusi dunia sebenar.

Hari Terbuka TVET YRMS-ILKBS 2025: Memperkasa Belia Melalui Kemahiran dan Peluang

Kini, YRMS menaja lebih 70 bidang TVET termasuk Augmented Reality, Virtual Reality, 3D Production, pembangunan kandungan digital, dan kru teknikal belakang tabir, memperluas skop TVET melebihi bidang tradisional.

YRMS turut melaksanakan SDW sepanjang tahun di seluruh Selangor dengan kerjasama PPD dan JPN bagi mengenal pasti pelajar berpotensi dalam aliran kemahiran. Selain bantuan yuran, YRMS menyokong penyediaan peralatan pembelajaran dan berusaha mengikis stigma bahawa kejayaan hanya melalui laluan universiti.

Beliau menambah, YRMS menyokong penuh agenda pemerkasaan TVET negara selaras dengan Visi TVET 2030, dan menyambut baik peningkatan peruntukan sektor ini di peringkat persekutuan bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir pada masa depan.

SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!