Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dua dekad selepas Ada Apa Dengan Cinta? mencipta fenomena dan menjadi lambang cinta remaja era 2000-an, kisah ikonik itu kini bernafas kembali dalam wajah baharu menerusi Rangga & Cinta, arahan pengarah tersohor Riri Riza. Menggabungkan sastera, irama dan nostalgia cinta dengan sentuhan segar Generasi Z, filem ini bakal menemui penonton Malaysia di pawagam mulai 6 November 2025.
Diterbitkan oleh Miles Films dengan penerbit berpengaruh Mira Lesmana selaku peneraju bersama Nicholas Saputra dan Toto Prasetyanto, Rangga & Cinta turut mendapat sokongan Primeworks Studios sebagai pengedar dan rakan pemasaran rasmi di Malaysia. Filem ini menampilkan barisan pelakon muda berbakat termasuk Leya Princy, El Putra Sarira, Jasmine Nadya, Kyandra Sembel, Katyana Mawira, Daniella Tumiwa, Rafi Sudirman dan Rafly Altama.
Apabila sastera mempertemukan dua jiwa berbeza!
Berusaha menerima kekalahan dengan tenang, Cinta merancang untuk menemu bual Rangga bagi majalah sekolah. Namun pertemuan pertama mereka tidak seperti yang diharapkan kerana Rangga bersikap dingin dan sedikit angkuh. 
Hari demi hari, ketegangan itu perlahan-lahan menjalin ikatan halus melalui kata-kata sastera. Di sebalik perasaan yang mula mekar, Cinta pula diuji antara mengekalkan kesetiaan kepada sahabatnya atau mengikut bisikan hatinya sendiri.
“Bagi saya, Rangga & Cinta mungkin kisah cinta remaja, tetapi ia tetap mencerminkan realiti sosial semasa. Cerita ini membangkitkan emosi yang kuat, cukup peribadi dan sangat relevan bagi penonton masa kini. Ia menggambarkan perjalanan remaja yang tumbuh di persimpangan antara cinta, identiti dan impian,” ujar Riri Riza, pengarah filem ini.
Tambahnya lagi, pengalaman mengarahkan filem ini merupakan antara yang paling emosional dalam kariernya. “Ratusan kru dan pelakon telah memberikan dedikasi luar biasa bagi menjayakan filem ini. Setiap perincian, dari jalan cerita, visual hingga muzik, lahir daripada kerjasama yang tulus. Kami berharap penonton dapat merasakan kehangatan dan semangat itu di layar lebar.”
Menariknya, Rangga & Cinta bukan sekadar adaptasi, tetapi sebuah interpretasi baharu muzikal yang mengharmonikan sastera, lagu dan koreografi sebagai bahasa utama penceritaan. Filem ini menampilkan semula lagu-lagu hit Melly Goeslaw & Anto Hoed seperti Suara Hati Seorang Kekasih, Kubahagia dan Bimbang, sambil memperkenalkan tiga lagu baharu, termasuk lagu tema Rangga Cinta nyanyian Eva Celia dan Bilal Indrajaya, yang menjadi simbol penyatuan antara kenangan lama dan baharu.
Melalui rakan kerjasama publisiti, Samsung berganding bahu dengan filem Rangga & Cinta menerusi Galaxy S25 FE, meraikan semangat generasi baharu yang kreatif dan ekspresif. Kerjasama ini turut disertai siri kandungan sosial berkonsepkan “meme-fication” yang menghubungkan adegan filem dengan kehebatan AI pintar dan kamera profesional Galaxy S25 FE, menjadikan kisah cinta dan persahabatan ini lebih dekat dengan dunia digital hari ini.
Rangga & Cinta menjanjikan pengalaman menonton yang penuh rasa, mengajak penonton menyelami getirnya cinta pertama, manisnya persahabatan dan nostalgia yang kekal hidup dalam ingatan.
Bila dua jiwa bertemu, cinta menemukan nadanya..
Kerana setiap generasi punya Rangga & Cinta mereka sendiri.
Bersedia untuk menghayati semula dialog legenda dan menyelami baris-baris puisi yang diungkapkan Rangga buat Cinta secara langsung di pawagam, bermula 6 November 2025! Kongsikan juga pengalaman serta detik tontonan anda di semua platform media sosial dengan tanda pagar rasmi #RanggaCintaDiMalaysia, agar seluruh Malaysia turut merasai magis kisah cinta ini.
Untuk perkembangan dan kandungan eksklusif filem ini, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube.
SEKIAN



The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.