Makan di Vivo Pizza, Temu, Elmina – Sedap, Murah & Berbaloi? Ini Review Lengkap

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makan di Vivo Pizza, Temu, Elmina – Sedap, Murah & Berbaloi? Ini Review Lengkap

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, seperti yang anda sedia maklum, artikel kali ini adalah tentang pengalaman aku mencuba makanan menarik di salah sebuah rangkaian restoran popular iaitu Vivo Pizza. Siapa di sini pernah mencuba makanan di sini? 

Sebenarnya aku tidaklah kerap makan di restoran ini. Rasanya beberapa kali sahaja sepanjang aku hidup di muka bumi ini. Aku ingat-ingat lupa, tapi aku pernah ke cawangan di Aeon Bukit Mertajam, makan bersama keluarga. Mungkinlah, sebab aku ni kadang-kadang pelupa. 

Makan di Vivo Pizza, Temu, Elmina – Sedap, Murah & Berbaloi? Ini Review Lengkap

Untuk kunjungan kali ini, aku mencuba menu makanan menarik di restoran VivoPizza di cawangan Temu, Elmina. Ya, salah satu lokasi yang pesat membangun. Rasanya dua tahun lepas kawasan ini tidaklah sesibuk ini, tetapi sekarang fuhhh, memang ramai betul manusia dan juga kenderaan.

Sebelum itu, aku nak beritahu yang sekarang ini restoran VIVO PIZZA dah makin menarik. Mereka telah melancarkan beberapa menu baru yang menarik. Dalam masa yang sama, kualiti makanan telah diperbaiki, harga makanan pula turun untuk semua menu. 

Baiklah tanpa melengahkan masa yang memang sudah mencemburui kita, aku akan perkenalkan setiap satu hidangan dan aku akan berikan pandangan dan review aku tentang menu tersebut. 


PERSONAL SMOKED CHICKEN BBQ PIZZA 💰 RM18.90

Makan di Vivo Pizza, Temu, Elmina – Sedap, Murah & Berbaloi? Ini Review Lengkap

Datang ke Vivo Pizza, mestilah kena makan pizza. Okay, sebenarnya ada banyak pilihan pizza di sini, tetapi yang memikat hati adalah Smoked Chicken BBQ Pizza. Bersaiz personal sahaja, tetapi bagi aku saiznya agak besar. Selain itu, rasa sos BBQnya memang sedap & satu lagi aku tak kisah tentang nenas atas pizza.

Dengan harga RM18.90, aku rasa berbaloi sebenarnya. Memang sedap dan ada rasa smoked tu. Bolehlah aku order lagi kalau aku datang sini lagi nanti. 


TROPICAL BBQ CHICKEN CHOP 💰 RM26.90

Makan di Vivo Pizza, Temu, Elmina – Sedap, Murah & Berbaloi? Ini Review Lengkap

Next, takkan makan pizza je kan? Okay, seterusnya adalah Tropical BBQ Chicken Chop. Saiz hidangan yang besar, ayamnya juga juicy. Boleh rasa perapannya yang istimewa. Disertakan juga dengan jejari kentang yang besar.  Okay, approved, aku memang suka menu ni.

WARM CHOCOLATE BROWNIE 💰 RM14.90

Makan di Vivo Pizza, Temu, Elmina – Sedap, Murah & Berbaloi? Ini Review Lengkap

Tak lengkap kalau tak ada pencuci mulut. Jadi aku pun memesan Warm Chocolate Brownie. Brownie yang panas dengan aiskrim yang sejuk. Gabungan yang luar biasa. Untuk menu ini turut disertakan sos peanut butter yang melimpah ruah. Sesuai untuk mereka yang sukakan kacang. Okay sedikit peringatan, kalau waktu pesan order, nanti bagitau dekat staff untuk hantar bila dah habis makanan lain, supaya aiskrim tu tak cair. Lainlah kalau anda nak makan Warm Chocolate Brownie ni dulu, then its okay.

SPICY LEMON CHICKEN CHOP 💰 RM 24.90

Makan di Vivo Pizza, Temu, Elmina – Sedap, Murah & Berbaloi? Ini Review Lengkap

Eh, takkan satu saja chicken chop?! Mestilah dua, untuk chicken chop seterusnya adalah Spicy Lemon Chicken Chop. Untuk hidangan ini tiada jejari kentang tetapi disertakan dengan nasi. Okay, nasinya memang sedap, ala-ala macam nasi ayam gitu. Ayamnya pula ada rasa lemon dan pedas-pedas sedikit. Sesuailah untuk orang yang suka pedas-pedas manja macam aku ni.

TROPICAL SWING 💰 RM12.90 & ICE LEMON TEA 💰 RM7.90

Makan di Vivo Pizza, Temu, Elmina – Sedap, Murah & Berbaloi? Ini Review Lengkap

Untuk air pula, ada dua air iaitu Tropical Swing dan juga Ice Lemon Tea. Untuk Ice Lemon Tea, tiada yang istimewa, sebab sama sahaja seperti di restoran-restoran lain. Manakala untuk Tropical Swing, airnya cukup menyihatkan. Rasa buah yang betul-betul asli, mungkin takda tambahan perisa tiruan kot. Sesuailah untuk anda yang inginkan minuman segar dan menyihatkan. Macam aku, Ice Lemon Tea sudah mencukupi. 

SUASANA DI VIVO PIZZA, TEMU, ELMINA

Makan di Vivo Pizza, Temu, Elmina – Sedap, Murah & Berbaloi? Ini Review Lengkap

Suasana dalam restoran Vivo Pizza ini sebenarnya sangat menenangkan. Ruangan yang tampak eksklusif, makanan yang premium, tetapi pada harga yang cukup berpatutan. Aku datang sekitar waktu tengahhari, pelanggan agak ramai, tetapi suasananya tenang sahaja. Semua orang sedang menikmati hidangan yang tersedia di meja masing-masing.


VIVO PIZZA, TEMU, ELMINA

Makan di Vivo Pizza, Temu, Elmina – Sedap, Murah & Berbaloi? Ini Review Lengkap

Secara keseluruhannya, pengalaman aku makan di sini sangat seronok. Seronok sebab perut memang kenyang. Makanan pula sedap-sedap belaka. Suasana di restoran pula tenang sahaja, tiada gangguan bunyi dan sebagainya yang membuatkan pengalaman menikmati hidangan terganggu. 

Untuk harga pula, aku sebenarnya terkejut juga. Sebab harganya cukup berpatutan dengan saiz hidangannya. In shaa Allah, selepas ini mungkin akan kerap aku datang ke Vivo Pizza untuk makan dan bersantai. 


Lokasi : 35, Jalan Eserina Y U16/Y, Elmina, Seksyen U16, 40160 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : 11pagi - 11 malam
Laman Web : https://www.vivopizza.com/

SEKIAN


Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!