Lirik Lagu: Hanya Kamu - Adira Suhaimi & Shahir Zawawi (OST Duyung: Legenda Aurora)

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lirik Lagu: Hanya Kamu - Adira Suhaimi & Shahir Zawawi (OST Duyung: Legenda Aurora)

Berikut merupakan sebuah lagu terbaru daripada Adira Suhaimi dan Shahir Zawawi yang berjudul Hanya Kamu. Lagu ini merupakan lagu runut bunyi bagi filem Duyung: Legenda Aurora (2025) yang bakal ditayangkan pada 25 Disember 2025 ini. Lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya norman KRU. 

LIRIK LAGU : HANYA KAMU - ADIRA SUHAIMI & SHAHIR ZAWAWI (OST DUYUNG: LEGENDA AURORA)


Judul Lagu :  Hanya Kami
Penyanyi: Adira Suhaimi & Shahir Zawawi
Komposer/ Penulis Lirik : Norman KRU


Wahai bayu sampaikan salam rindu
Daku disini dibelenggu pilu
Di sana ku pasti kau tetap setia
Kerna cinta kita teristimewa

Wahai bintang terangkan hatinya
Menyinar jiwa kehilangan arah
Oh Tuhan, berikanlah kekuatan
Tempuh dugaan, kurniakan harapan 

Tanpa kamu… luluhlah semangatku
Tanpa kamu… gugurlah bahagia
Hanya kamu… memberi erti hidupku
Dan kamu… teramat ku perlu
Hanya kamu… cintaku yang satu   

Wahai ombak yang menyapa pantai
Khabarkan hatiku punah berkecai
Semenjak ku kehilangan dirinya
Dialah purnama malam nan gelita

Tanpa kamu… luluhlah semangatku
Tanpa kamu… gugurlah bahagia
Hanya kamu… memberi erti hidupku
Dan kamu… cintaku yang satu 

Percayalah kita ‘kan kembali bersama
Terbang tinggi ke puncak asmara  
Kerna kaulah takdir ku di dunia 
Dan kekal bahagia hingga ke syurga

Tanpa kamu… luluhlah semangatku
Tanpa kamu… gugurlah bahagia
Hanya kamu… memberi erti hidupku
Dan kamu… teramat ku perlu
Hanya kamu… cintaku yang satu

MUZIK VIDEO RASMI LAGU HANYA KAMU - ADIRA SUHAIMI & SHAHIR ZAWAWI (OST DUYUNG: LEGENDA AURORA)

 

SEKIAN
Tags

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!