Review Filem : The Devils Wear Prada 2 (2026)

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem : Devils Wear Prada 2 (2026)

Filem The Devil Wears Prada 2 (2026) merupakan sebuah filem drama komedi Amerika Syarikat tahun 2026 yang diarahkan oleh David Frankel dan skripnya ditulis oleh Aline Brosh McKenna. Filem ini merupakan sekuel kepada filem asal tahun 2006, The Devil Wears Prada. Karya ini dibintangi oleh barisan pelakon asal yang memegang watak utama iaitu Meryl Streep, Anne Hathaway, Emily Blunt, dan Stanley Tucci, serta disertai oleh pelakon tambahan seperti Justin Theroux, Lucy Liu, dan Kenneth Branagh.


Ditetapkan dalam garis masa dua dekad selepas peristiwa dalam filem pertama, sekuel ini mengisahkan perjalanan Andrea "Andy" Sachs (Hathaway) yang kembali membantu Miranda Priestly (Streep) dalam mengemudi landskap media baharu serta menghadapi ancaman korporat terhadap kelangsungan majalah Runway. Filem ini telah ditayangkan secara perdana pada 20 April 2026 di New York dan dilancarkan secara rasmi di pawagam oleh 20th Century Studios pada 1 Mei 2026. The Devil Wears Prada 2 menerima ulasan yang positif daripada pengkritik filem dan berjaya mencatatkan kutipan pecah panggung sebanyak $433 juta berbanding bajet produksinya yang berjumlah $100 juta.


SENARAI PELAKON FILEM DEVIL WEARS PRADA (2026

Review Filem : The Devils Wear Prada 2 (2026)
  • Meryl Streep sebagai Miranda Priestly (Editor-in-chief majalah Runway)
  • Anne Hathaway sebagai Andrea "Andy" Sachs (Wartawan & Features Editor baru Runway)
  • Emily Blunt sebagai Emily Charlton (Eksekutif Kanan di Dior & bekas pembantu Miranda)
  • Stanley Tucci sebagai Nigel Kipling (Orang kanan Miranda di Runway)
  • Justin Theroux sebagai Benji Barnes (Teman lelaki Emily)
  • Kenneth Branagh sebagai Stuart Simmons (Suami baru Miranda)
  • Lucy Liu sebagai Sasha Barnes (Bekas isteri Benji)
  • B. J. Novak sebagai Jay Ravitz (Pewaris syarikat Elias-Clarke)
  • Simone Ashley sebagai Amari Mari (Pembantu pertama Miranda)
  • Tracie Thoms sebagai Lily (Kawan baik Andy)
  • Tibor Feldman sebagai Irv Ravitz (Pengerusi Runway & pemilik Elias-Clarke)
  • Patrick Brammall sebagai Peter (Teman lelaki Andy)
  • Caleb Hearon sebagai Charlie (Pembantu kedua Miranda)
  • Helen J. Shen sebagai Jin Chao (Pembantu Andy)
  • Rachel Bloom sebagai Talia (Kawan Andy)
  • Lady Gaga (Kemunculan khas sebagai diri sendiri)

SINOPSIS PENUH FILEM DEVIL WEARS PRADA 2 (2026)


Dua dekad selepas Andrea "Andy" Sachs meninggalkan jawatannya di majalah Runway, dia kini telah berjaya membina nama sebagai seorang wartawan yang dihormati di New York. Namun, dunianya berubah sekelip mata apabila dia dan seluruh rakan sekerjanya diberhentikan kerja secara mengejut melalui mesej teks sewaktu menghadiri sebuah majlis gala.

Review Filem : The Devils Wear Prada 2 (2026)

Dalam masa yang sama, bekas bos Andy iaitu Miranda Priestly, sedang berdepan dengan kecaman hebat. Miranda dikritik kerana gagal menapis satu artikel yang memuji sebuah jenama yang rupa-rupanya menggunakan buruh paksa. Untuk memulihkan semula reputasi majalah tersebut, Irv Ravitz (pemilik syarikat induk Runway, Elias-Clarke) telah mengambil Andy sebagai editor rencana tanpa meminta persetujuan Miranda. Perkara ini sudah tentu mendatangkan kemarahan kepada Miranda.

Keadaan di Runway juga tidak lagi seperti dulu. Miranda kini kelihatan kurang bersemangat dan sukar untuk menyesuaikan diri dengan landskap media fesyen moden. Walaupun perangai kuku besinya masih ada, aduan daripada bahagian Sumber Manusia (HR) telah banyak mengekang sikap imperiusnya itu. Nigel, orang kanan Miranda, menjelaskan bahawa edisi cetak Runway kini sudah tidak laku dan syarikat terpaksa bergantung kepada kandungan digital murahan serta "clickbait" demi mengekalkan hubungan dengan pengiklan.

Review Filem : The Devils Wear Prada 2 (2026)

Salah satu pengiklan utama mereka adalah Dior, tempat di mana bekas rakan sekerja Andy, iaitu Emily, kini bekerja. Emily menggunakan kontroversi yang melanda Runway untuk kepentingan peribadinya, yang mana akhirnya Miranda menugaskan Andy untuk menemubual Emily. Dalam pertemuan tersebut, berlaku pertelingkahan antara mereka tentang bagaimana dunia fesyen moden menyebabkan harga barang melambung tinggi dan meminggirkan golongan kelas menengah.

Review Filem : The Devils Wear Prada 2 (2026)

Nasib Andy di Runway mula berubah apabila dia berjaya mendapatkan slot temubual eksklusif dengan Sasha Barnes, seorang janda jutawan Silicon Valley yang sangat menjaga privasinya. Kejayaan ini mendorong Irv untuk berjanji akan menaikkan pangkat Miranda sebagai Ketua Kandungan Global. Namun, Irv meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari jadinya yang ke-75 sebelum janji itu sempat dilaksanakan secara rasmi.

Review Filem : The Devils Wear Prada 2 (2026)

Anak Irv, iaitu Jay, mengambil alih syarikat tetapi dia langsung tidak mempunyai minat terhadap fesyen. Jay bertindak membawa masuk konsultan pengurusan untuk memotong kos perbelanjaan dan menangguhkan kenaikan pangkat Miranda. Di sudut peribadi pula, hubungan Andy dengan teman lelakinya, Peter, mula retak selepas Andy secara tidak sengaja menghina pekerjaan Peter sebagai tukang ubah suai apartmen. Kerana bimbang akan masa depan kerjayanya, Andy mula berbincang dengan penerbit untuk menulis sebuah buku rahsia (tell-all book) mengenai Miranda dengan kontrak yang lumayan.

Sewaktu Minggu Fesyen Milan, Nigel menganjurkan gala besar terakhirnya yang menampilkan Lady Gaga. Andy kemudiannya merancang satu pelan untuk menyelamatkan Runway dengan meyakinkan seorang penaung kaya untuk membeli majalah tersebut daripada Jay. Penaung itu adalah Benji, bekas suami Sasha yang juga merupakan teman lelaki Emily sekarang. Apabila rancangan ini didedahkan kepada Miranda, dia menjadi sangat marah kerana mengetahui Emily merancang untuk mengambil alih Runway dan memecatnya. Miranda mendedahkan bahawa dia sengaja menolak Emily keluar dari dunia kewartawanan fesyen sebelum ini kerana Emily dianggap tidak mempunyai visi kreatif.

Review Filem : The Devils Wear Prada 2 (2026)

Untuk menghalang Benji dan Emily daripada memusnahkan Runway, Miranda mengarahkan Andy mencari pembeli lain yang boleh bersaing. Andy akhirnya berjaya meyakinkan Sasha untuk membeli keseluruhan syarikat Elias-Clarke. Jay menerima tawaran tersebut dan membatalkan perjanjian dengan Benji. Sedar akan kesetiaan Nigel selama ini, Miranda akhirnya membenarkan Nigel memberikan ucapan utama di majlis gala tersebut sebagai tanda memohon maaf. Miranda juga akhirnya mendapat pangkat yang dijanjikan melalui Sasha.

Review Filem : The Devils Wear Prada 2 (2026)

Sekembalinya mereka ke New York, Miranda mengaku kepada Andy bahawa sifat idealis Andy sebenarnya yang memberi inspirasi kepadanya untuk terus berjuang. Miranda juga mendedahkan bahawa dia tahu tentang rancangan buku rahsia Andy dan menggalakkan Andy untuk terus menulisnya, termasuklah perkara-perkara negatif tentang dirinya. Andy akhirnya berbaik semula dengan Peter dan juga Emily yang kini sudah putus cinta dengan Benji. Nigel pula mendedahkan bahawa dialah yang mencadangkan agar Andy diambil bekerja semula di Runway. Filem berakhir dengan Miranda memberikan pejabat yang lebih cantik kepada Andy dan kembali bekerja dengan sikap imperiusnya yang asal.

ULASAN FILEM DEVIL WEARS PRADA 2 (2026)


Menonton filem The Devil Wears Prada (2006) merupakan sebuah filem yang ringan, penuh komedi, tetapi cukup ikonik. Siapa sangka 20 tahun kemudian akan ada sekuel filem ini. Mendengar berita tentang sekuelnya sahaja sudah buat aku tak sabar. Lebih menarik lagi apabila melihat empat pelakon utama kembali dalam sekuelnya. Alhamdulillah, baru-baru ini aku berkesempatan meluangkan masa untuk menonton sendiri filem ini di pawagam.

Baiklah, berikut adalah ulasan aku:

Review Filem : The Devils Wear Prada 2 (2026)

Jalan cerita filem ini cukup menarik dengan adanya konflik dan isu seperti AI yang mengganggu industri. Pastinya banyak industri sekarang juga tergugat dengan teknologi dan sebagainya. Pada aku, untuk sesebuah sekuel, mereka perlukan jalan cerita yang kuat dan bukannya sekuel tanpa sebab yang kukuh supaya penonton dapat sesuatu yang segar dan bukan hanya sekadar nostalgia.

Barisan pelakon pula memang cukup hebat. Mereka yang kembali seperti Meryl Streep sememangnya pelakon yang hebat. Meryl Streep sekali lagi berjaya membawa wataknya yang bengis, tetapi kali ini setelah 20 tahun, dia memperlihatkan sisinya yang lain. Anne Hathaway dan Emily Blunt juga berjaya membawa watak dengan baik; kali ini bukan sahaja elemen komedi, tetapi watak emosi dan drama juga disampaikan dengan baik.

Review Filem : The Devils Wear Prada 2 (2026)

Nostalgia dalam filem ini sudah semestinya ada. Terdapat beberapa "easter egg" dalam filem ini yang menjadikan filem terdahulunya sebagai rujukan, dan itu adalah sesuatu yang cukup menarik. Isu teknologi di zaman sekarang sememangnya menjadi satu kerisauan. Apa yang penting adalah bagaimana untuk kita adaptasi dengan teknologi itu supaya sentiasa maju ke hadapan.

Dari segi visual dan fesyen, filem ini sudah semestinya menjadi satu fenomena. Begitu banyak ikon fesyen yang mahukan pakaian mereka diperagakan di dalam filem ini. Cameo dalam filem ini juga sangat menarik, antaranya seperti kemunculan Donatella Versace, Marc Jacobs, Ciara, dan penampilan istimewa Lady Gaga yang menghidupkan lagi suasana filem ini.

Review Filem : The Devils Wear Prada 2 (2026)

Secara keseluruhannya, filem ini adalah sebuah karya yang menghiburkan. Nostalgia itu memang ada, tetapi apa yang lebih penting adalah melihat bagaimana watak-watak ini membesar seiring dengan tempoh 20 tahun tersebut. Siapa sangka selepas dua dekad, mereka masih kelihatan sama seperti dahulu, tetapi dalam masa yang sama, tampil dengan lebih matang. Untuk itu aku berikan filem ini : 

BINTANG :  ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10

RUJUKAN :
  • GOOGLE IMAGE
  • DISNEY
  • WIKIPEDIA


Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!