AF2013: Tebus Kekalahan, Azhael Kembali Berentap Di Pentas Akhir!


"Kegembiraan jelas terpanncar pada wajah pasangan duo, Azhael apabila nama mereka diumumkan sebagai peserta terpilih untuk kembali berentap di pentas AF2013.

Penyingkiran Azhael di konsert separuh akhir yang berlangsung pada Ahad lalu telah mencetuskan fenomena sehingga menjadi ‘trending’ di twitter.
Pasangan duo yang berusia 25 tahun itu tersingkir selepas mendapat undian terendah sebanyak 15.83%.
Kini, Azhael kembali bangkit apabila mereka berjaya ke peringkat akhir AF2013 dan mungkin inilah hadiah yang diberikan oleh  ‘Team Azhael’ kepada mereka.
Pengumuman serapan kembali Azhael yang dianggotai oleh dua orang anak muda iaitu Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi telah diumumkan oleh Inspirer mereka yang juga merupakan penyanyi nombor satu Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza, melalui program MeleTOP yang bersiaran secara langsung malam tadi." sumber
Pendapat angah :  
Akademi Fantasia 2013,sekali lagi menjadi hangat.Tapi apa yang penting,angah memang tak ikut sangat perjalanan AF kali ni.Cuma bila nak akhir tengok la skit.Tup tup da nak habis.Hehe.Takpa2.Kepada peminat2 Azhael.Undi jangan tak undi! 

6 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post