Sinopsis Playboy Itu Suami Aku



 


“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blahmacam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenaliplayboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorangplayboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

Playboy itu suami aku?! Biar betul!”

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Drama adaptasi novel sekali lagi,PLAYBOY ITU SUAMI AKU.Macam mana pendapat korang??Bagi angah,sekarang ni kalau nak kaya,reka lah novel.Bila dah lama sikit,orang akan amik novel korang pastu buat drama or filem.Kan senang je jadik kaya?? :D hehe 

8 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. sinopsis cerita nie best...kena tengok 1st episode dulu

    ReplyDelete
  2. hehe mesti kisahnya lelaki tu si kaya kan :)

    ReplyDelete
  3. ye kan?bila novel dah di adaptasi kita kyo..hehehe..

    ReplyDelete
  4. macam best je novel nie..btw spe yg berlakon drama ni nanti?

    ReplyDelete
  5. mmg dah jadi trend dah. saya lebih suka baca novel dia berbanding tgk kat drama sbb kdg2 tu dorg ubah2 jalan ceritanya :p

    ReplyDelete
  6. heheheh..lagi kisah adaptasi..

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post