Erti Persahabatan Lima Jejaka Dalam Laki-Laki



Judul Filem: Laki-Laki

Genre: Komedi

Pelakon Utama: Angah (Raja Lawak), Zul Suphian, Adey Syafrien, Mie (Raja Lawak) dan Azriel Ismail.

Pengarah: Ahmad Rusli Mohamed Khadri

Skrip : Panel MIG dan Keyrol Kiasan

Terbitan: Metrowealth Pictures Sdn. Bhd

Ulasan Penulis : 

Sebuah karya yang cukup santai dan bersahaja hasil karya  pengarah muda, Ahmad Rusli Mohamed Khadri sangat sesuai untuk di tonton bersama seisi keluarga.Menampilkan mesej yang cukup kuat tentang persahabatan diantara lima sahabat ketika mereka terdampar di sebuah pulau akibat kapal terbang yang dinaiki terhempas.
Meskipun tiada gandingan pelakon popular namun pengarah amat bijak dalam pemilihan watak, ini terbukti dengan keserasian lima watak utama iaitu Angah (Raja Lawak), Zul Suphian, Adey Syafrien, Mie (Raja Lawak) dan Azriel Ismail telah berjawa membuat para penonton ketawa tidak kering gusi.Tidak dapat dinafikan, sejak awal lagi plot penceritaan filem ini tampil dengan unsur-unsur komedi apatah lagi dengan gelagat Angah yang gila-gila di tambah pula dengan lakonan bersahaja dari Zul dan Mie membuatkan filem ini kelihatan ‘hidup’.
Biarpun kadangkala terdapat juga sedikit babak yang tidak logik seperti kejadian dimana salah seorang daripada mereka berjaya menghidupkan laptop untuk memuat naik status di laman sosial.Namun, di sebalik unsur komedi yang menyelubungi jalan cerita ini, masih ada nilai kasih sayang dan semangat setia kawan yang di tonjolkan dan ianya terbukti apabila pada mulanya masing-masing tidak mahu mengalah dengan ego sendiri dan enggan bekerjasama antara satu sama lain sambil menunggu bantuan datang sepenuhnya.
Tetapi selepas beberapa hari mereka mula berubah fikiran apabila menyedari bahawa mereka mungkin akan kekal tinggal di pulau itu jika mereka tidak bersatu.Secara keseluruhan, walaupun tiada pelakon popular yang membintangi filem ini, jalan cerita dan juga gaya penyampaian lakonan yang mantap serta lawak secara spontan adalah tarikan kepada filem ini.

Sinopsis :
‘Laki-Laki’ mengisahkan tentang lima lelaki iaitu Abu (Angah), Razak (Zul), Jerry (Adey), Samad (Mie), dan Azman (Azriel) yang berhadapan dengan pelbagai masalah mengikuti sebuah program motivasi dengan harapan dapat membantu menaikkan semangat mereka semula.

Kejadian malang menimpa apabila mereka terlibat dalam satu tragedi dimana kapal terbang mereka terhempas dan amsing-masing terdampar di sebuah pulau.Namun, disebabkan keegoan masing-masing membuatkan mereka sering bergaduh, tetapi lama-kelamaan mereka mula memahami dan berkerjasama untuk meneruskan hidup di pulau tersebut.

Jadi, bagi anda yang sedang mencari sebuah karya komedi untuk membantu meredakan tekanan dan mahu bergelak ketawa bersama keluarga, ‘Laki-Laki’ adalah ubatnya.
Untuk mengetahui kesudahan nasib mereka berlima, jangan lupa saksikan filem wajib tonton ini di pawagam berhampiran anda.

Pendapat angah :

Macam menarik je.Hehe..tajuknya LAKI-LAKI..jom2 memeriahkan panggung wayang..

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post