Kepentingan Blog



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,angah sudah pun menyiapkan proses pengeditan blog DJH ni.Dan rata-rata ramai rakan blogger yang menyukai wajah baru DJH.Terima kasih.
Kepentingan Blog?
Bagi angah blog bukan sekadar hobi.Mungkin ramai yang akan mengatakan blogging hanyalah sekadar hobi,tapi bagi angah apabila kita dah serius dalam blogging,habiskan masa dengan blogging,rasanya ianya sudah menjadi part time dalam kehidupan kita.
Mungkin ada juga yang sekadar menjadikan blog sebagai hobi,kerana sekadar mengupdate entry hanya bila perlu,tapi apabila kita sudah membuat pelaburan dalam blog dari segi domain/sponsor segmen/dan lain-lain,sudah tentunya bukan lagi menjadi hobi.
Pengiklanan??

Dari segi iklan pula,angah tak menitik beratkan sangat dengan iklan,sama ada daripada Nuffnang/Komli dan lain-lain.Kerana apa? Bagi angah itu hanyalah sampingan daripada blog,apa yang penting adalah kualiti entry + visitor yang banyak.
Percayalah,apabila ranking Alexa + visitor bertambah,pihak pengiklan akan datang sendiri kepada anda.Di masa itu,barulh anda akan berjaya secara perlahan-lahan.
Bagaimana pula dengan ranking Alexa + Pagerank??

Untuk ranking  Alexa,anda perlulah sentiasa meningkatkan jumlah visitor blog anda.Bagaimana?Anda boleh menyertai GA/SEGMEN yang dianjurkan oleh blogger lain.Selain itu,anda sendiri boleh menganjurkan GA/SEGMEN. Anda juga bolehlah memperbanyakkan blogwalking ke blog lain dengan meninggalkan komen di blog-blog yang anda lawati.
Insya Allah dengan cara itu,Alexa rank akan meningkat sekaligus dengan page rank.Mana ada kejayaan yang datang tanpa usaha? :D
Selain itu??

Kunjung-mengunjungi sesama blogger.Mungkin pada awalnya anda lihat tiada sesiapa yang kunjung ke blog anda.Mungkin jumlah komen daripada pembaca sangatlah sedikit.Jangan malu!
Kunjunglah blog lain dan tinggalkan komen anda.Nescaya blogger lain juga akan singgah kembali ke blog anda.Selain dapat tingkatkan jumlah visitor,silaturahim sesama blogger juga akan turut terjalin.
Pesan terakhir??

Bagi angah yang penting adalah blog itu sendiri.Kalau asyik memikirkan tentang jumlah FOLLOWER semata-mata,mungkin anda akan berjaya tapi tidak seberjaya mana pun.Tapi juka anda menitik beratkan entry yg berkualiti,backlink merata-rata,jumlah visitor ,insya Allah kejayaan yang diperoleh akan lebih dirasai.
Sekian..

*Sekadar coretan blogger picisan.. 

19 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. tapi eden ni nak menaip pon malas.

    ni nak taip komen ni pon malas ni.. ;p

    ReplyDelete
  2. betul tu kan angah..indahnya jika kita berblog dpt memberi manfaat buat org lain, bahkan diri kita juga
    gunakan peluang dgn sebaiknya

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas tips yang amat berguna. Saya setuju!

    ReplyDelete
  4. btuL tu angah.. apa2 pun cantik pulak wajah baru Blog ni yaa.. hehehe

    ReplyDelete
  5. dah cantikla blog djh..makin semangat nie nak berblog ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post