Zizan Razak Bangga Dengan Penghijrahan Emma Maembong




"Adakah kerana penampilannya bertudung ketika muncul dalam program hiburan MeleTOP baru-baru ini menyebabkan Emma Maebong mengambil keputusan untuk terus berhijrah dan mengenakan hijab?Menurut pelakon dan pelawak Zizan Razak yang juga teman rapat kepada Emma Maembong, dia merasa bangga kerana Emma kini sudah berhijrah dan bertudung.
Bagaimanapun Zizan menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan dia sebagai individu yang menyuruh Emma bertudung.Malah menurut pelakon itu, bapa saudara Emma sendiri ada menghubunginya dan bertanya adakah Emma bertudung disebabkan Zizan atau kehendak sendiri.
“Emma bertudung di atas kerelaan hati dan kehendak sendiri. Saya tidak pernah menyuruh atau paksa dia bertudung. 
“Sewaktu bapa saudara Emma menghubungi saya, saya sendiri pun tak tahu Emma sudah mula bertudung.
“Bagaimanapun sebagai seorang yang rapat dengan Emma, saya akan terus memberi sokongan walaupun dia baru mencuba-cuba untuk bertudung. Bagi saya perkara itu sangat baik dan membanggakan untuk seorang wanita,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak pada petang Jumaat.
Tambahnya lagi, sebelum ini Emma pernah menyatakan hasratnya untuk bertudung dan hanya menunggu masa untuk melaksanakan nait hatinya itu.
“Buat masa ini Emma sedang menjalani penggambaran drama yang menuntut dia untuk memakai tudung dan untuk projek seterusnya saya tidak tahu sama ada dia akan menerima tawaran watak bertudung sahaja atau tidak,” kata Zizan yang juga Pengarah Urusan Wire Frame Entertainment.
Menurutnya lagi, walaupun dia memantau perkembangan artis di bawah naungannya itu, namun perkembangan kerjaya Emma masih belum diketahui selepas pelakon wanita tersebut bertudung. "
Sumber 
 Pendapat angah :
Alhamdulillah,semakin ramai artis yang berhijrah tahun ini.Tapi apa yang angah tengok orang perempuan senang untuk dilihat berhijrah,tetapi orang lelaki bagaimana pula?Walau apapun,teruskan penghijrahan anda ye Emma Maembong :D 

8 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post