Daging Babi Untuk Ibu Berbuka Puasa!



 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria. Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati. 
Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa. Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa, lelaki itu sedang tidur. Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh siibu, dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak. 
Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu. Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan. Dalam sedu tangisnya dia bertanya , “Ustaz tahu daging apa yang saya beli?”, Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. “Daging apa?” tanya ustaz kembali. “Saya beli daging babi ustaz!, saya berdosa Ustaz”, jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan. Lelaki 30 an meneruskan cerita. Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. 
Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz. Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini. 
Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi. Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa , laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua. Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.


Credit : Facebook + Google Image 

20 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Ya Allah..dasyatnya pemuda tersebut...
    harap2 xterjadi perkara cmni...
    mnx dijauhkan...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum angah. Allahurabbi. sampainya hati dia buat arwah ibu camtu.. Allah. sedih baca ni ngah.. semoga taubatnya diterima Allah... semoga kisah ni menjadi pengajaran berguna buat semua Y____Y

    ReplyDelete
  3. meremang bulu roma baca . semoga di jauhkan sifat nih dari kita.

    ReplyDelete
  4. kejam nyer..moga di jauhkan dari kita sifat sedemikian.

    ReplyDelete
  5. chêguzαm pernah dengar cerita ni.. kdg-kdg cerita kat anak murid

    ReplyDelete
  6. semoga diberikan balasan yang setimpal

    ReplyDelete
  7. semoga bisa menjadi pelajaran untuk kita,,,,,,,

    ReplyDelete
  8. semoga sifat tersebut dijauhkan dari kita,,,,,,,amin

    ReplyDelete
  9. Semoga saja aku bisa memelihara dan membahagiakan orang tuaku.Terima kasih.
    Mebel jepara

    ReplyDelete
  10. semoga nantinya aq bisa membahagiakan ortuku

    ReplyDelete
  11. wah bagus bangetttt,, menjadi pelajaran bagi kita

    ReplyDelete
  12. indah dan bermanfaat sekali membuat hati kita tersentuh

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post