Bosan dengan Nuffnang



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Blogger mana yang tidak kenal dengan satu syarikat pengiklanan yang terhebat iaitu Nuffnang!Sememangnya ramai blogger yang meletakkan iklan syarikat itu di blog mereka. Apa yang pasti,income mereka hasil daripada iklan itu sangat mashyuk,sampaikan boleh digunakan untuk tujuh keturunan. Cewah.
Alhamdulillah setakat angah menggunakan syarikat pengiklanan ini,adalah beberapa banyak simpanan. Angah rasa angah berblogging dengan syarikat Nuffnang ni sejak tahun 2011 kut. Dan yang lebih memeranjatkan angah adalah selama itu,belum pernah lagi satu pun Iklan CPUV yang melekat di blog angah ni.
Walau apa pun,angah tak berapa kisah sangat pasal Nuffnang punya income ni.  Ye la,walaupun angah tak pernah cash out,sebab duit tak pernah cukup. *haha. angah rasa itu adalah rezeki. Selagi Allah SWT kata bukan rezeki angah lagi,jadi itu bukan rezeki angah lagi.
Pernah juga angah beralih arah dengan syarikat lain,tetapi tak lekat lama,sebab angah rasa Nuffnang lagi famous kut. Kadang-kadang angah rasa bosan jugak dengan Nuffnang. Rasa jeles bila tengok blogger-blogger semua pakat update pasal CASH OUT Nuffnang.
Mungkin suatu hari nanti,baru angah akan dapat Cash Out kan? Apa- apa pun,terima kasih Nuffnang. 
 Sekian.

13 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Sabar2 ..takper la tak dpt lgi tu Angah ..
    Insyaallah ada rezeki Angah nnt ..
    Doa byk2 ya Angah ..
    Ok akak dtg menabung kat sini ..
    Moga2 murah rezeki angah ..

    ReplyDelete
  2. saye baru je pasang nuffnang dekat blog semalam .. sebab baru tahu pasal nuffnang nie .. hihi ketinggalan betul :P

    ReplyDelete
  3. Belum rezeki lg kot.. tapi apa kata angah try anta tiket kat nuffnang, tanya kenapa nuffnang xnak bagi cpuv. Biasanya x lama lepastu akan ada la cpuv melekat :)

    ReplyDelete
  4. Lama2 nnt ada tu..org kata rajin2 buat serbeyy :)

    ReplyDelete
  5. saya pun dah lama.. tapi sekarang pakai gugel adsense.. lg masyukk.. heheh.. tapi blog dalam bahasa malaysia dia tak sapot la pulak.. so, kena banyakkan post dalam bahasa omputih la.. nuffnang sebenarnya quite pushy.. dengan status gliterrati die. Y tu saya xsuka..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum . . kita pun CPUV baru lekat satu . tapi earning susah nak lekat . yang laju cuma CPC je . . dan Alhamdulilah . . sejak ain masuk nuffnang . churp churp ain yang diam membisu selama setahun lebih . . gerak sangat laju . . masa tu rasa pelik jugak apasal lah churp churp ni laju . bila tanya sorang blogger ni . .. dia kata churp churp bawah nuffnang . . so mungkinlah sebab kot tu laju *haha memandai je . tak apa ya . . sabar bebanyak :D ~~menabung sini :)

    ReplyDelete
  7. Yupp! Betul kata cik kanta coklat, lepas saya complaint dekat Encik Nuffnang tanya kenapa dia agak kedekut dan pilih kasih tak nak kasi saya satu CPUV pun kan, tup tup kedebum kedebam terus dia bagi (tanpa saya sedari).

    Bila cek balik akaun nuffnang, dah credited pun! Ceh! :)

    Moral : Kena complaint banyak-banyak kat Encik Nuffnang. :)

    ReplyDelete
  8. saya dah kena banned dengan nuffnang, sebabnya tukar emel

    ReplyDelete
  9. yumida ada la sesekala terima cpuv. jarang. tu la kengkdg x fhm blog mcm mana yg diorg target. kempen blogbuster cara paling cepat raih untung dgn lumayan. kalau nk depend dgn cpuv. agak susah. selalu je rs nak curang dgn nuff, tp bila nak isi form iklan komli tetibe dtg tawraan kempen lain. terstuck lg nak beralih arah

    ReplyDelete
  10. hehehehhehe...sabar ye angah..

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post