Family Bonding Time : Penang


Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Anda perasan tak semalam angah hanya update satu entry sahaja. Sebenarnya bukannya angah malas nak update,bukan jugak sebab mood blogging dah hilang,cumanya angah tak cukup masa nak update blog. 
Memandangkan sekarang dah start cuti sekolah,bermakna masa untuk angah online juga sudah dipotong. Angah terpaksa berkongsi waktu online bersama adik angah.Ini bermakna angah tak dapat nak online dengan lebih masa.
Selain itu,bila time adik beradik dah balik rumah,inilah masanya untuk satu family keluar jalan-jalan. Sekaligus telah menyebabkan masa untuk blogging terus hilang. Tapi angah rasa,bonding dalam family adalah lebih penting. Sebab tu angah lebihkan keluarga.

Untuk pengetahuan semua,semalam angah sekeluarga telah ke Gurney Plaza,Pulau Pinang.Kemudian kami berehat di Padang Kota Lama. Memang best bila dapat hirup bau laut. Dah lama angah tak bau bauan laut yang sungguh tak sedap. Hahaha. Lepas tu,kami naik feri untuk pulang ke tanah besar.
Benarlah kata orang bahawa bersama family adalah lebih nikmat berbanding bersama awek.
Sekian. 
 

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. hi angah..
    apa2 pun family first... :)

    ReplyDelete
  2. Time family tgh berkumpul, time tu je la kite nk fokus kt adk beradik kn. Btw selamat bercuti angah. ^_^

    ReplyDelete
  3. haiii..ika datang sini... ika nak mintak tolong sikit ni.. ika nak menang RM500...Jadi nak mintak bantuan sikit... http://www.atikahnorbaki.com/2014/05/jom-like-penyertaan-lavender-di-tumix.html

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post