Gempar : Tok Kadi Tak Faham Hukum



TOK KADI TAK FAHAM HUKUM

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang itu menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya.Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skema sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.
Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami steri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujua tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut, " Saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah",lalu bakal sumai menjawab : "Saya terima,atau saya bersetuju" atau mungkin ditambah "Saya terima nikahnya" atau "saya bersetuju bernikah dengannya" seperti diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab Al-Syafi'i,maka sahlah ijab dan qabul tersebut.
Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sumber gambar : Facebook 

Apa pandangan anda??

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Haha..no komen. Sebab yang lafaz tu org lelaki. Org perempuan duduk diam2 je. XD

    ReplyDelete
  2. no komen...apa yang penting,mau kawin!!!

    ReplyDelete
  3. Ade betulnye...tapi x pandai nak komen lebih2.
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post