Sumber : Twitter
"Woi melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profsional semuanya india,
warung makan pun,mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi Jaga,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
Harapkan ustaz,saling menyesat,
harapkan hiburan,lagi best filem barat,
harapkan raja,dok asyik kira daulat,
harapkan bahasa,banyak telah bertukas kesar,
harapkan tulisan,jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah,banyak digadai kepada korporat!
woi melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah menteri atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit,sembang kencang,
banyak rungut,sikit rancang,
siapa tegur,dituduh lancang,
duduk warung,gigit kacang!
woi melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu..."
Apa yang angah nak jelaskan dalam entry ini adalah,kebanyakan fakta dalam puisi di atas memang tepat sekali. Angah sebagai salah seorang bangsa melayu,turut berasa atau terasa bahawa betapa melayu sekarang sudah jadi lain.
Ini bukan pasal politik. Cuma tentang bangsa melayu,kalau ada sesiapa nak kata angah ni racist,silakan,sememangnya angah sayang bangsa sendiri.Angah sayang bangsa melayu,angah harap agar bangsa melayu akan bertambah baik,dan bukannya menjadi buruk.
Kadang-kadang angah boleh lihat sendiri,bagaimana seorang melayu itu sanggup menjatuhkan melayu yang lain,angah juga boleh nampak bagaimana tahap rosaknya akhlak seorang melayu itu. Senang sangat nak nampak bahawa melayu zaman sekarang begitu layu.
Sama macam dalam keadaan angah sekarang ini. Bidang yang angah ceburi kebanyakannya dipelopori dan majoritinya bukan datang daripada bangsa Melayu tetapi bangsa Cina.Angah mengambil bidang muzik orkestra,dan angah yakin tak ramai orang melayu yang mendalami bidang ini,jadi,angah harap angahlah antara orang melayu yang menceburi dan berjaya dalam bidang ini.
Apa kata anda?
Huhuhu sedihnyerrr ..Inilah dikatakan MELAYU hanya pada NAMA ..
ردحذفOrang lain yang menabur jasa ..Huhuhuhuhu ..
tapi ada benar ada salahnyerr ..
Tereserah kita untuk menilai mana betul mana salah ..
Ya tak Angah ..
payah sikit. Bila ajak kata tak nak lah takde untung..bila tak ajak bilang sombong..uhuhuu
ردحذفSememangnya betul puisi di atas... bangsa melayu kita kurang berjaya berbanding bangsa lain.
ردحذفAnak-anak muda lebih suka terlibat dalam gejala sosial yang mampu menjatuhkan maruah diri sendiri...
Leka dalam ketuanan melayu sedangkan Allah mahu hamba-hambanya terus berusaha...
Sekadar hidup menanti makan di suap menteri...
Bukan tak ada yang berjaya, tapi lebih ramai yang jadi hina...+
Memang pun rasis. Bagaimana dengan Orang Asal Sabah & Sarawak? Durang pun kna jajah sda bangsa lain yang kita pun tahu.
ردحذفFakta yang sukar ditolak kebenarannya..
ردحذفkasihan Melayu...
ردحذفTersentap terus. Harapkan bangsa melayu maju, tp ape yg jadi skrg..macam takde harapan. Smoge ade yg akan membangkitkan semangat org melayu.
ردحذف