Leteran : Bulan Puasa


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apa yang angah nak cakapkan adalah berkenaan cara rakyat Malaysia (Muslim) berpuasa. Apa yang angah tengok adalah kebanyakannya berpuasa dan seronok apabila berbuka bersama-sama keluarga dan juadah yang pelbagai.
Tetapi di satu hal yang lain pulak,angah lihat sendiri,ada yang menjadikan puasa itu sebagai sebab untuk mereka tidak aktif di dalam kelas atau semasa bekerja. Mengapakah? Bukankah ini masanya untuk kita mencabar diri kita untuk menjadi lebih bersemangat?
Ada juga yang sibuk set JAM untuk bangun dan masak untuk sahur,selain menunggu waktu untuk berbuka.Tetapi malangnya solat langsung tidak dilakukannnya. Bukankah solat itu tiang agama? Bukankah solat itu rukun Islam yang penting dan selepas itu barulah puasa.Jadi,disini dapat dilihat bahawa puasa yang dilakukannya hanyalah sia-sia.
Ada juga yang sibuk berpuasa dan membeli juadah di bazar ramadhan. First of all,bagus sebab itu adalah masanya untuk orang Islam mencari rezeki lebih dengan berniaga di bulan Ramadhan,tetapi ada juga yang datang ke bazar ramadhan dengan memakai pakaian yang tidak senonoh. Berhimpit-himpit sesama lelaki dan wanita ketika waktu di akhir-akhir,adakah itu yang kita mahukan?
Bagi angah sendiri,adalah lebih baik sekiranya kita memasak sendiri lauk daripada berhimpit sebegitu rupa sehingga menyebabkan pahala puasa terus hilang,akibat kejadian sebegitu.
Satu lagi hal yang memalukan adalah apabila penganut agama lain melihat orang Islam lemah ketika di bulan Puasa.Ini adalah akibat daripada sikap dan tutur bicara yang diungkapkan ketika sedang berpuasa. Sebagai contohnya. "Saya penat berpuasa,jadi saya tak dapat bekerja dengan baik.","Saya tak dapat buat latihan Fizik ini,sebab saya berpuasa."
Perlukah? Menjadikan puasa itu sebagai alasan untuk segala-galanya. Memalukan apabila penganut agama lain melihat bahawa betapa susahnya orang Islam untuk menghadapi bulan puasa.
Sekian. 
 
 
 
 

7 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Betul2. Sepatutnya bila berpuasa kena cergas,bersemangat :)

    ReplyDelete
  2. Sepatutnye puasa bukan alasan utk org Islam nampak lemah. Orang sekarang, ilmu berpuasa tu dah takde. Bulan puasa tu bulan ibadah. Ape guna if puasa tapi tak solat. Baik takyah puasa.

    ReplyDelete
  3. itu hanyalah alasan untuk melayan malas namanya.sifat semulajadi manusia hanya mereka yang mampu merubahnya.

    ReplyDelete
  4. Betul tu, puasa mungkin menjadikan kita kurang bermaya tapi tidak sepatutnya menjadikan kita lemah..:)

    ReplyDelete
  5. menarik,,! :) betul3 sepatutunya bulan puasa ni la kita jadi lebih cergas dan sememangnya bnyak benda boleh kita buat, :)

    ReplyDelete
  6. sesetgh manusia yg pergi bazaar tu mmg betul2 nak beli sebab mmg tak sempat nak masak.. dan setgh lagi hanya sesaja lah kot.. hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post