Pelajar Terbaik Konsert Kedua #AF2014



Jika minggu lalu menyaksikan Nuha dipilih sebagai pelajar terbaik bagi konsert pertama #AF2014, namun untuk minggu kedua ini lain pula ceritanya. 
Pelajar terbaik bagi konsert kedua #AF2014 masih lagi berpihak kepada pelajar wanita iaitu Muna dan Nina. 
Muna telah membawakan lagu 'Diam-Diam Jatuh Cinta' nyanyian asal oleh Ramlah Ram manakala Nina pula menyampaikan lagu 'Zombie' nyanyian asal oleh Cranberries. 
Pengumuman mengenai berita gembira itu disampaikan sendiri oleh pengetua #AF2014 Dato’ Hattan yang disiarkan secara eksklusif menerusi Diari AF. 
Muna atau nama sebenarnya Muna Shahirah Munadi langsung tidak menjangka akan dipilih kerana dia berpendapat  persembahan pelajar lain jauh lebih hebat.
“Masa mula-mula pengetua sebut nama saya, memang saya tak sangka langsung… Perasaan bila dapat gelaran persembahan terbaik memang tak dinafikan saya rasa gembira. 
“Sebenarnya, semasa membuat persembahan saya langsung tidak meletakkan harapan untuk mendapat persembahan terbaik… Apa yang saya buat ialah saya cuma ‘enjoy’ dengan diri saya ketika beraksi di pentas,” katanya tersenyum. 
Bagi Nina Nadira Naharuddin atau lebih dikenali sebagai Nina memberitahu lagu yang dibawakan olehnya pada malam konsert tersebut merupakan satu cabaran besar bagi dirinya. 
“Saya pun tak sangka sebenarnya yang saya akan dapat persembahan terbaik kerana lagu ‘Zombie’ yang saya nyanyikan pada malam itu merupakan satu cabaran buat diri saya. 
“Lebih-lebih lagi lagu yang berentak seperti itu bukanlah jenis yang saya biasa saya nyanyikan jadi saya cuba untuk memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu.” ujarnya. 
Sebagai ganjaran Muna dan Nina diminta untuk memilih perabot daripada KARE iaitu jenama ranggi yang berasal dari Jerman. 
Sumber : AstroGempak

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. bertuah....
    Jemput tinggalkan url blog anda untuk di blogwalking dengan cara sertai segmen

    http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2014/09/segmen-blogwalking-lestari.html

    ReplyDelete
  2. Tahniah peserta af ni lya x berkesempatan lgi nak tgk

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post