Review Drama : Mr Brain (Japanese)



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sinopsis.
"Ryusuke Tsukumo is a quirky, yet brilliant neuroscientist working for the National Research Institute of Police Science. Wielding a unique perspective and psychology, Tsukumo tackles the nation's most baffling crimes and scandals, going head-to-head with the most brilliant and twisted criminal minds. But his eccentricities and poor social timing can also aggravate people and circumstances, further complicating matters."

Drama Mr Brain ialah sebuah drama Jepun yang menarik. Ianya bukannya bertemakan cinta malah elemen cinta hanyalah serpihan sahaja daripada drama ini. Drama ini bagi angah sendiri persis drama CSI di Hollywood sana. Walaubagaimanapun dapat dilihat beberapa perbezaan antara drama ini dan juga drama CSI.

Apa yang menarik?

Antara yang menarik ialah drama ini hanya mempunyai 8 episod. Setiap episod mempunyai jalan ceritanya tersendiri. Kita dapat lihat bagaimana setiap kes ataupun kejadian diselesaikan dengan cara yang paling bijak. Selain itu,dapat juga kita belajar tentang otak ataupun dikenali dengan neuron .

Banyak elemen-elemen menarik dan thriller dalam cerita ini. Kita dapat lihat betapa canggihnya alatan dan makmal di negara Jepun. Selain itu,dapat juga kita lihat keadaan di negara sana,bagaimana rakyat mereka begitu berdisiplin. Semuanya ditonjolkan dengan cukup sempurna. 
 Apa yang tak menarik?
Yang tak menarik adalah sepatutnya drama ini dipanjangkan lagi. Mungkin kalau lebih daripada 10 episod sudah memadai. Sebab apa? Sebab bila kita tengok siri drama ini,kita akan merasa tidak puas apabila melihat sehingga ke episod akhir. Kita akan merasakan bahawa kita perlukan lagi sambungan cerita ini. 






Kesimpulannya :-

Ini adalah satu satunya drama daripada negara matahari terbit yang menarik minat angah. Jadi,angah beri 5 bintang untuk drama hebat ini.
Sekian. 

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post