Tak Sabar Nak Balik



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



"Benarkah bahawa angah sebenarnya tak sabar nak balik? Balik ke mana?"

Sebenarnya buat masa sekarang ini angah merasakan bahawa angah sememangnya tak sabar nak kembali teruskan pengajian. Ye,sekarang angah masih lagi bercuti semester yang masih berbaki satu minggu sahaja lagi.Untuk pengetahuan mereka yang masih belum tahu,angah merupakan seorang student UiTM course DIPLOMA SENI MUZIK. Jadi,sememangnya sekarang ini merupakan waktu cuti bagi mereka yang mengambil DIPLOMA ataupun ASASI.
Betul kata orang-orang lain bahawa bila kita berada di Universiti,kita akan rindukan rumah,tetapi bila kita berada di rumah,kita kan rindukan Universiti. Betul kan? Sebenarnya bukanlah rindu sangat pun,cuma angah sekadar nak belajar balik. Angah duduk kat rumah bukannya buat perkara yang bermanfaat pun. Sekadar menghabiskan cuti sahaja.
In Shaa Allah,lagi seminggu angah akan kembali ke Kampus UiTM Shah Alam untuk kembali menyambung pelajaran di semester ke 4. Hari tu baru sahaja angah mendapat keputusan bagi semester ketiga. Alhamdulillah,angah gembira dengan result tersebut. Hanya tinggal lagi satu semester sahaja lagi untuk angah menghabiskan pelajaran dan kemudian angah akan bergraduasi!! 

Sekian. 

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post