'Kembar Bumi' semakin hampir ditemui!!



Sumber : Berita Harian
MIAMI: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) semakin hampir menemui apa yang dinamakan sebagai planet 'kembar bumi' susulan pengumuman penemuan lapan planet baharu yang mengelilingi orbit.
Dua daripada lapan planet yang mirip bumi juga seperti planet yang sudah dikenali adalah berada di luar sistem matahari, demikian menurut pakar astronomi memberitahu Persidangan Persatuan Astronomi Amerika ke-225 di Seattle, Washington, hari ini.
"Pasangan kembar bumi itu dikatakan mempunyai permukaan keras dan berbatu dengan kedudukannya dari lingkaran bintang yang terlalu panas atau terlalu sejuk untuk air serta kemungkinan hidupan bernyawa wujud di planet berkenaan," kata pakar astronomi.
Penemuan itu menambahkan lagi planet yang yang dikatakan terletak berdekatan dan bersaiz bumi, serta dipercayai apa yang dinamakan 'Goldilocks zone" atau zon habitat kepada himpunan bintang di orbit.
"Kami semakin dekat daripada yang diusahakan selama ini untuk menemui 'kembar bumi' yang mengeliling himpunan bintangnya," kata Fergal Mullally dari Pejbat Kepler NASA.
NASA dengan bantuan misi pencarian Kepler, satu teleskop angkasa yang berkebolehan mencerap lebih 150,000 bintang di sekitar planet yang di luar dari sistem solar, dilancarkan pada 2009.
Himpunan terbaharu planet yang dijumpai Kepler dan diumumkan semalam ialah 554, menjadikan semua 4,175 planet berpotensi ketika ini. - AFP


.................................................................................

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Zaman sekarang ini,ramai manusia yang mencari planet yang sama seperti bumi.  Kerana apa? Pertamanya ialah kerana kemungkinan kewujudan makhluk bernyawa di planet yang serupa dengan bumi itu. Keduanya supaya manusia di bumi dapat berpindah ke planet baru,selepas bumi musnah. Ketiga,sekadar ingin menunjukkan bahawa mereka organisasi terhebat dalam pencarian planet.
Walau bagaimanapun,angah sendiri merasakan tidak perlu untuk mencari planet baru. Sebab apa? Sebab buat masa sekarang,yang paling penting ialah perbaiki planet bumi yang semakin nazak. Semakin banyak kerosakan yang dihasilkan berbanding 10 tahun yang lalu. Dan boleh dikatakan setiap hari akan bertambah kerosakan.
Sekian. 
 

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post