Hormati Peminat Bertudung ,Artis KPOP Pakai Sarung Tangan




Penyanyi kumpulan K-Pop yang semakin dikenali di serata dunia iaitu GOT7 telah hadir ke Malaysia untuk sesi bertemu peminat bertempat di KL Live Center, Kuala Lumpur pada Sabtu.Majlis yang dinamakan ‘GOT7 1stFan Meeting in KL’ telah berlangsung dengan begitu meriah.

Namun apa yang menarik perhatian ialah sikap mereka yang peka terhadap sensitiviti peminat beragama Islam di Malaysia.GOT7 yang dianggotai oleh tujuh anak muda berbakat iaitu Jae Bum (JB), Junior (JR), Jackson, Mark, BamBam, Youngjae dan Yugyeom begitu ramah melayan peminat bertuah sepanjang sesi ‘high-five’ berlangsung.

Menurut peminat yang dikenali sebagai Maslina, ahli kumpulan tersebut memakai sarung tangan bagi mengormati peminat mereka yang beragama Islam dan menjaga batas-batas mereka.






Foto anggota kumpulan GOT7 memakai sarung tangan yang tersebar di laman sosial.


 



“Saya rasa cukup kagum dengan GOT7 kerana mereka memahami sensitiviti di negara kita dan sepanjang sesi itu dijalankan.“Malah ketua mereka (JB) yang memulakan tindakan memakai sarung tangan dan kemudiannya diikuti oleh anggota yang lain.

“Mereka juga tidak mempunyai masalah mengenakan sarung tangan dan masing-masing seronok melayan karenah kami (peminat).” katanya yang juga merupakan peminat tegar Jackson.Selain itu, BamBam dan Jackson bukan sahaja bersalaman malah mereka juga turut bersapa dan mendengar ucapan-ucapan yang disampaikan oleh peminat sewaktu sesi itu berlangsung.

Kisah GOT7 memakai sarung tangan telah menjadi bualan hangat di laman sosial sehingga menjadi trending di Twitter dengan hashtag #got7glove.

Acara yang dianjurkan oleh eRama.tv itu telah berlangsung dengan begitu meriah dan bersih tanpa sebaran isu panas ataupun perkara-perkara pelik yang dilakukan oleh peminat fanatik.Ini merupakan acara sesi perjumpaan peminat pertama bersama artis K-Pop selepas isu salah fahamKONTROVERSI PELUK CIUM ARTIS KOREA sekitar Januari lalu.

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. saya salah seorang igot7 pon bangga bila tgk dorang pakai glove thats mean dorg respect fans muslim.. and rakyat malaysia patut bangga sebab got7 pernah shoot music video dorang kat Malaysia ok.. at least artis kpop masih pandang negara kita

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post