Kepenatan Di Hari Isnin



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah , semakin hampir ke hari terakhir dalam semester 4 , bermakna semakin penat. Baru hari pertama di minggu ke 13 , angah sudah rasa penat yang amat. Bayangkan , kelas dari pagi , memang tak berhenti. Lepas tu kena layan pelbagai lagi kerenah manusia.
Sememangnya hari isnin merupakan hari yang sangat memenatkan. Sebab apa? Sebab hari isnin kena pakai baju formal. Ya! Baju kemeja dan seluar slack seperti mahu ke pejabat. Bayangkan , sehari suntuk pakai baju tu , mungkin korang rasa , alah pakai baju kemeja je kut , tapi angah adalah student muzik. Yang perlu practice setiap instrument , bukan sekadar membuat assignment bertulis.
Satu lagi , angah tak suka hari isnin sebab ada subjek Modern Harmony. Subjek yang nampak macam best pada tajuknya , tetapi sememangnya bagi angah ianya bagaikan subjek Add Math + Prinsip Perakaunan + Bahasa Inggeris. Susah bukan? Bila dalam kelas modern harmony je , mesti kepala angah macam dah berserabut.
Apa -apa pun angah rasa , hadapi je semua dugaan ini. In shaa Allah , lagi sikit je nak habis semester 4 ni. Chaiyokk!! 
 

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post