Assalamualaikum dan salam sejahtera


Dengan sekali lafaz, pelakon Fahrin Ahamd, 36, sah bergelar suami kepada pasangannya Elena Hani Aleas, 36, pada jam 10.40 pagi tadi. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Shariman Ali Pitchay bertempat di Darby Convention Center dengan mas kahwin sebanyak RM80.
Elena Hani Aleas merupakan ketua pramugari syarikat penerbangan antarabangsa Emirates Airlines.Pernikahan tersebut sekaligus merupakan jawapan tanda tanda mengenai siapakah gerangan wanita yang bertahta di hati aktor tersebut.Fahrin dan Elena memutuskan untuk berkahwin selepas menjalani hubungan cinta kurang daripada satu tahun. 

Pelakon filem Pilot Café itu memilih 9 Mei sebagai tarikh pernikahannya sempena dengan tarikh ulang tahunnya yang ke-36.Terdahulu, Fahrin telah mengumumkan tarikh pernikahannya melalui satu sidang media mengejut yang diadakan pada Selasa.

Sumber : AstroGempak 

Sememangnya hancur hati-hati perempuan di Malaysia apabila membaca dan melihat apa yang terjadi hari ini. Pernikahan aktor Fahrin Ahmad telah menjadi sesuatu yang hangat diperkatakan kerana aktor tersebut sudah lama membujang. Maka , dapat dilihat pelbagai status di facebook angah sendiri berkenaan pernikahan aktor kacak tersebut. 

Tak mengapa , anda yang hancur hati , amsih ada angah!! 

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Alhamdulillah, akhirnya bertemu jodoh juga jejaka malaya tu.. hehee..
    Angah jom ke http://cikcandysour.blogspot.com/2015/05/solehah-perlukan-masa.html

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Previous Post Next Post