#Cabaran20Hari Pengalaman Manis Di Bulan Puasa





Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cabaran diteruskan lagi untuk edisi ke 6 iaitu berkenaan Pengalaman Manis Di Bulan Puasa.

Susah sebenarnya untuk angah ceritakan kenangan manis ketika bulan puasa. Memandangkan angah susah nak ingat kembali kenangan yang ada ketika di bulan puasa. Cuma yang boleh angah ceritakan ialah mengenai beberapa kisah menarik ketika angah di bulan puasa.

Setiap malam bermain mercun dan bunga api.

Ketika angah kecil, seminggu sebelum raya, satu keluarga angah akan pulang ke kampung untuk menyambut raya di kampung. Apa yang menarik, nenek angah akan menyediakan kayu panjang dan dicucuk di sekeliling rumah untuk digantungkan pelita.
Pelita tersebut diisi dengan minyak gas, kemudian selepas berbuka puasa, angah akan menyalakan api di pelita-pelita tersebut. Kemudian bermain mercun dan bunga api sehingga rasa puas. Memang seronok. 
 Makan makanan moreh.
Pada waktu angah kecil, angah tinggal di berek polis Kuala Kangsar, di setiap malam akan diadakan solat terawih. Yang lucunya ialah apabila selepas orang ramai selesai Terawih, angah dan kakak angah akan turun dan mengambil moreh yang disediakan, walaupun kami tidak solat terawih bersama orang lain.
 Sekian.

#Cabaran20Hari 

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post