Peperiksaan Midterm Selesai





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, angah baru sahaja selesai exam Principal Clarinet. Macam mana dengan exam tu? Alhamdulillah, seperti biasa, tidaklah bagus dan tidak juga teruk. Sebenarnya giliran angah exam adalah akhir sekali, tetapi disebabkan kelewatan junior-junior, angah mengambil keputusan untuk membuat awal peperiksaan ini. 
Ini merupakan peperiksaan midterm sahaja. Nanti di penghujung semester akan ada satu lagi peperiksaan final, yang mana lagi susah dan menyeksakan. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan semester akhir angah disini. Apa yang angah harapkan ialah, angah akan berjaya hadapinya dengan penuh cekal dan tabah.
Aircond Sejuk!!

Apa yang angah kesalkan ialah ketika exam sebentar tadi, suasana biliknya sangat menyedihkan. Angah exam di dalam bilik percussion, di mana bilik tersebut ialah bilik kedap bunyi. Ditambah lagi dengan kehadiran pendingin hawa yang terlampau sejuk , ianya telah mengingatkan angah pada suatu kejadian di pertengahan tahun ini. Sangat mengerikan.
 Walaupun ada sedikit rasa sedih dan rasa kesal d hati, tetapi angah masih lagi mampu tersenyum kerana angah dapat selesaikan juga peperiksaan midterm dengan jayanya. Meskipun pada awal tadi, ketika angah nak masuk ke dalam kawasan fakulti , ada seorang polis bantuan telah membuat perkara celaka, tetapi angah maafkan juga.
Sekian.

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post