Laman Seni ( Street Art ) Seksyen 2



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baru baru ini , angah dan kawan telah pergi ke Seksyen 2, Shah Alam. Seksyen 2 sememangnya dikenali dengan lorong seni yang terdapat di situ. Walaupun angah pernah ke sana pada tahun 2014, tetapi kali ini angah datang lagi dan melihat sedikit pembaharuan. Terdapat lukisan terbaru yang dilukis di bahagian dinding lain.

Antara lukisan yang terdapat di Lorong Seni ini adalah :-


Gambar bas mini yang merupakan salah satu trademark Shah Alam. Malangnya sehingga sekarang, hanya tinggal satu sahaja bas mini yang masih beroperasi.



Gambar pelajar sekolah sedang menaiki bas dan juga guru disiplin juga menarik perhatian orang ramai.


Ini adalah lukisan baru yang terletak di Lorong Seni ini, ianya terletak di sebelah tepi kedai.

Ini juga merupakan lukisan yang baru angah lihat. Sebelum ini, tiada lukisan ini di kawasan tersebut.

Apa yang angah boleh katakan ialah ianya merupakan tarikan baru, tetapi ada lukisan dan juga gimik meja di dinding yang sudah buruk. Ada juga lukisan mural yang ditampal dengan iklan-iklan kerja kilang. Bila hasil seni tidak dijaga , lama kelamaan itulah yang akan terjadi.
Kepada mereka yang ingin ke Laman Seni ini , anda boleh datang ke Seksyen 2, Shah Alam. Lorong ini terletak di belakang kawasan kedai dan bersebelahan Kolej Kediaman Meranti, UiTM Shah Alam.

Sekian. 

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Memang best la kalau sempat melawat kawasan nie...Kena ambil cuti untuk bercuti ke penang nie..
    jom blog walking di blog baru saya di www.alongmisuari.com

    ReplyDelete
  2. mmg cntik lukisannya.. tp tu la mcm yg angah ckp tu..ada lukisan lama yg dah lapuk n bertampal iklan...sayang laa gitu..x jga kan....

    MISI PHOTOSHOOT SHAKLEE DI LATA ISKANDAR....

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post