Penghujung Semester 5



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Di minggu-minggu terakhir pengajian diploma angah di Fakulti Muzik UiTM merupakan satu masa yang sangat perit. Pelbagai cabaran dan dugaan telah mula datang. Sekarang ini, apa yang angah rasakan ialah mahu selesaikan segala-galanya. Nak fikirkan pasal enjoy? Mungkin bukan sekarang.
Angah tak dapat rehat yang mencukupi. Bangun pagi awal. Boleh dikatakan sekarang ini ,setiap pagi angah bangun awal dan terus ke fakulti. Dan angah berada di fakulti dari pagi sehinggalah fakulti tutup. Cuba anda bayangkan. Mungkin bagi sesetengah orang cakap, apa yang korang buat dekat fakulti? Dari pagi sampai lewat malam?
Belajar di fakulti seni atau persembahan muzik di mana-mana pun angah rasa sama. Pemuzik perlukan latihan dan latihan memerlukan studio untuk berlatih. Ini ditambah lagi dengan kerja-kerja subjek2 pengajian, assignment, kelas-kelas dan juga event-event luar yang disertai. 
 Perkara yang perlu dihabiskan.

1. Presentation  Diploma Report
2. Presentation Pop Ensemble
3. Business Plan Marketing Manager
4. Ticket Activity Forum
5. Presentation Ethno Musicology
6. Practice Final Studio Exam
7. Practice Orchestra Piece
8. Practice Recital
9. Submit Final Proposal
10. Submit Diploma Report
11. Submit Ethno Musicology
12. Submit Business Plan
13. Submit Recital Report.

Senarai di atas adalah antara kerja yang perlu disiapkan dalam masa berbaki 3 minggu sahaja lagi. Tahniah. Terima kasih semua. Nah angah belanja anda semua ,lagu orchestra angah untuk sem 5  ni.



Entahlah, rasa macam nak membebel macam-macam tapi penat pulak nak membebel Huhu. In shaa Allah angah dapat hadapi semuanya dengan tenang. Amin.

Sekian. 

1 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم