Permohonan, Pengambilan, Pembayaran Pelekat Kenderaan UiTM



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selamat tengah hari semua. Hari ni aku nak cerita tentang pengalaman aku membuat sticker kenderaan. Ya, sebagai student UiTM, semua pelajar yang nak letak kenderaan dalam kawasan UiTM kena mempunyai sticker atau pelekat kenderaan UiTM.

Untuk semester kali ini, aku bercadang nak bawak motor untuk menyenangkan aku ke kuliah setiap hari. Motornya dah ada, cuma kena ada sticker kenderaan. Aku tgok ada je yang tak ada sticker, tapi kenderaan masuk dan parking dalam kawasan UiTM. Mungkin Polis Bantuan UiTM tak nampak.

Aku boleh je kalau nak masuk dalam kawasan UiTM tanpa ada sticker, tapi risiko untuk kena saman tu tinggi. So lebih baik aku beli je sticker kenderaan tu. Bukannya mahal sangat, hanya RM2.00.


Proses nak dapatkan sticker kenderaan ni bagi aku sangat mudah. Pertama, sesapa yang nak mohon pelekat kenderaan ni, perlu isi di student portal masing-masing. Tapi sebelum tu, bagi pelajar Non Residen macam aku, kena daftar dulu Non Residen tu, baru boleh mohon sticker kenderaan.

Kedua, tunggu sampai korang punya permohonan diluluskan, macam aku sehari je dah lulus dan terus disokong oleh bahagian NR, jadi terus print sahaja permohonan yg diluluskan itu.Ketiga, korang hanya perlu pergi ke pejabat Polis Bantuan, dan bayar di kaunter sebanyak RM2.00, kemudian beri cetakan permohonan sebelum ini, dan siap. Korang akan diberi sticker.

Macam aku, sebelum ni aku tak tau sangat, aku dengar cerita kena bayar dekat pejabat bendahari, so pusing-pusing la  aku dalam UiTM mencari pejabat bendahari. Bila sampai je kt pejabat tu, disuruh pulak pegi Pejabat Polis Bantuan. Kalau aku tahu dari awal, baik aku terus pergi Pejabat Polis Bantuan. 

Sekian sahaja cerita aku. Sebelum ni, aku ada cari jugak dekat google kalau-kalau ada blogger yang tulis pasal sticker kenderaan ni, tapi takda yang  betul - betul detail. So aku harap kepada yang nak memohon sticker kenderaan boleh lah mencuba.


Sekian , terima kasih. 


7 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. terima kasih banyak , cuma saya nak tanya , saya ni pelajar penerapan , jadi kena masuk kolej dulu ke camna ? saya nak duduk luar tapi sticker kereta takde jadi kalau minggu awal pendaftaran tak boleh dapat sticker lagi sbb takde id pelajar. Poban boleh bagi kelonggaran ke kat student yg tak daftar lagi stiker ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh , boleh je. nanti bagitau dekat polis bantuan yang sticker kenderaan masih dalam proses.

      Delete
    2. Jadi kalau tak masuk kolej takpela kan ? Kiranya inform yang masih dlm proses , sbb nak mohon ID pelajar pun takde lagi. okay terima kasih banyak2 :)

      Delete
  2. Assalamualaikum. Kalau permohonanan stiker dah diluluskan kena bawa dokumen ape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Print permohonan yang diluluskan dan bawa ke Pejabat Polis Bantuan

      Delete
  3. mine dah tukar kpd sticker alumni. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post