Ulasan 10 Muzik Video Terbaik Dato Siti Nurhaliza



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kali ini aku nak ulas 10 muzik video terbaik yang pernah dihasilkan oleh Dato Siti Nurhaliza sepanjang pembabitan beliau dalam industri seni suara. Sememangnya penyanyi No 1 negara ini tidak pernah lekang daripada persada seni negara. Setiap tahun pasti akan ada khabar berita daripada beliau sama ada mengenai nyanyian mahupun kebajikan yang dilakukan. Oleh itu , mari kita lihat 10 muzik video terbaik yang dihasilkan.

1. Tak Boleh Lupa


Merupakan sebuah lagu dipetik daripada album Adiwarna (1998). Bagi aku sendiri muzik video ini mempunyai penceritaan tersendiri. Kita boleh lihat dalam video tersebut , bagaimana Dato Siti menjadi seorang pelayan restoran. Plot jalan cerita yang simple iaitu perkenalan antara pelayan wanita dan seorang lelaki di dalam restoran. Kemudian mereka keluar bersama dan bercinta, tetapi terhenti kerana lelaki tersebut mempunyai wanita lain. Di akhir video , ada seorang lelaki lain yang datang ke restoran tersebut.
:: Mudah difahami dan menarik.  


2. Gelora Asmara



Sebuah lagi lagu yang dipetik daripada album yang sama iaitu album Adiwarna (1998). Sebuah muzik video yang mudah. Hanya melibatkan Dato Siti seorang sahaja dari awal sehingga akhir. Bagi pendapat aku sendiri , video ini boleh digambarkan sebagai seorang pengantin yang lari daripada kenduri kahwin. Hahaha.*opss. Kemudian mengikut lirik lagu ini, ianya seperti seorang yang pernah dikecewakan bertemu dengan seseorang. Apa yang menarik perhatian aku adalah bila Dato Siti sendiri memakai gaun pengantin di celah-celah kayu atau ranting. Beliau seumpama Cinderrela yang sedang lari apabila waktu sihirnya sudah hampir tamat.
:: Pemandangan dan juga gaun pengantin yang cantik. 

3. Badarsila



Sanggar Mustika (2002) merupakan album tradisional Dato Siti Nurhaliza yang ke 3. Menghimpunkan lagu-lagu berhantu seperti Nirmala, Kurik Kundi dan Badarsila. Bercakap tentang muzik video, aku memilih muzik video Badarsila ke dalam senarai kerana muzik video ini sangat klasik. Klasik dari segi pemilihan tempat serta suasana yang digambarkan. Pendapat aku , muzik video ini tentang seorang gadis melayu yang sedang berbicara sendirian. Apa yang menarik adalah apabila orang di belakang menari di sesetengah babak. Cukup melambangkan budaya melayu.
:: Hanya kipas tahun 50-an dan buku-buku di atas meja sudah menjadikan video ini menarik. 

4. Debaran Cinta




Muzik video yang sangat lain dimana kita semua dapat melihat Dato Siti Nurhaliza berlakon secara keseluruhannya. Dipetik daripada album E.M.A.S (2003), sebuah lagu yang menarik tentang cinta. Secara ringkasnya , muzik video ini tentang seorang wanita dan tiga rakannya. Wanita tersebut terpaksa berpisah dengan lelaki yang rapat dengannya. Beberapa tahun kemudian, mereka sudah bekerjaya, dan wanita tersebut masih lagi merindui kenangan silam. Di akhir video , si wanita mendapat emel daripada si jejaka. Ringkas tetapi romantik. 
Banyak babak yang aku suka. Antaranya bila mana part Dato Siti bermain futsal dan Nicholas Saputra menunjukkan riak wajah yg risau. Selain itu , babak Dato Siti Dan Nicholas menang sebagai pasangan terbaik. Sangat menarik!
:: Salah satu video yang aku suka sebab ada 3R dan juga Nicholas Saputra

5.  Ku Milik Mu




Dipetik daripada album E.M.A.S (2003) sebuah lagu yang bertajuk Ku Milikmu. Sememangnya lagu ini mempunyai sejarahnya tersendiri iaitu lagu yang berjaya melangkah ke final AJL 2003.  Apa yang menarik adalah muzik video ini adalah satu lagi kerjasama antara pihak Dato Siti dan juga TM , sama seperti muzik video Debaran Cinta. Apa yang menarik adalah busana beliau dan juga rambut. Rambut AFRO!! Menarik kerana kita dapat melihat bagaimana teknologi digunakan dengan lebih meluas dalam video klip.
:: Dapat lihat perubahan beliau melalui peredaran masa. 

6. Dialah Di Hati




Album Prasasti Seni (2004) merupakan salah satu album terbaik yang pernah dihasilkan. Video klip yang dihasilkan juga cukup berkualiti. Dialah Di Hati merupakan single daripada album tersebut. Apa yang menarik tentang video klip ini adalah tarian capoeira. Sungguh unik bagaimana tarian tersebut dapat menjadikan video klip ini menarik. Dengan busana merah yang sangat cantik , sememangnya video yang simple ini memang bagus.
:: Tarian menarik dan muzik video bagus. 

7. Pejam Mata Mu



Sekali lagi , daripada album Prasasti Seni (2004) , sebuah lagu yang jarang kita dengar Dato Siti nyanyikan. Muzik video yang ringkas , tentang wanita dan lelaki. Apa yang menarik sudah semestinya terdapat elemen-elemen percintaan antara lelaki dan wanita. Selain itu, wajah beliau yang sangat jelita sungguh menawan. Dapat dilihat juga beliau menggunakan komputer berjenama Apple. *HAHAHA.
:: Tahniah untuk muzik video dan lagu yang sangat merdu. 

8. Seindah Biasa


Lagu Seindah Biasa merupakan lagu daripada album Prasasti Seni (2004). Lagu ini sangat merdu dan sering kali diputarkan setiap tahun tanpa jemu. Mengenai video klip, apa yang menarik adalah di permulaan dapat kita lihat Dato Siti sendiri memandu kereta antik. Kemudian , di kawasan hutan rimba yang cantik, terdapat pula seekor kancil atau pelanduk? Sangat menarik. Apabila flora dan fauna dimasukkan ke dalam video klip bagi lagu yang penuh bersemangat ini. Salah sebuah video klip terbaik!
:: Seindah Biasa sememangnya lagu tema bagi peminat Dato Siti Nurhaliza 

9. Bisakah




Lagu yang dipetik daripada album terbaik yang pernah dihasilkan beliau iaitu Transkripsi (2006) , lagu ini merupakan lagu ciptaan Aubrey Suwito. Video klip yang sangat mengujakan. Apa yang menarik adalah apabila Dato Siti boleh diibaratkan sebagai seorang bidadari yang membantu memberikan semangat buat seorang wanita yang agak jauh tersesat. Agak sedih apabila melihat wanita tersebut tidak diterima keluarganya , dan di pengakhiranya keluarganya menerima wanita tersebut. Siapa wanita tersebut ? Nadiya Nissa!!
Sebuah muzik video yang penuh penceritaan dan sedih. Berlatarbelakangkan KG Baru , Kuala Lumpur dan juga KLCC. Sangat menarik.
:: Nadiya Nissa di awal pembabitannya dalam bidang lakonan. 

10. Menatap Dalam Mimpi



Untuk akhir sekali , aku dah pernah ulas secara keseluruhan di dalam entri lain, (Lihat entri) muzik video Menatap Dalam Mimpi daripada album Unplugged (2015). Sebuah muzik video yang sangat cantik. Bagaimana seseorang itu rindukan bapanya. Dan di taman yang penuh dengan bunga-bunga. Sesungguhnya ianya merupakan penanda aras bagi kejayaan beliau dan pencapaian beliau. Tahniah.
:: Tak sabar tunggu muzik video terbaru!! 



Fuhh... 10 muzik video terbaik yang pernah dihasilkan beliau. Aku rasa ada lagi beberapa muzik video yang boleh dimasukkan dalam senarai contohnya macam muzik video Sebenar Cinta di mana ada Rosyam Nor dalam muzik video tersebut. Menarik kan? Apa yang aku harap adalah semoga selepas ini lebih banyak muzik video yang menarik di hasilkan oleh pihak pengurusan beliau. 

Sekian Terima kasih. 









4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post