Rupa Didahulukan Bakat Di Lupakan



Assalamualaikum dan salam sejahtera




Kini , lambakan artis baru atau selebriti telah mewarnai industri hiburan negara. Sama ada di bidang lakonan , nyanyian mahupun bidang lain. Tetapi terdapat satu permasalahan dari sudut seni sendiri iaitu bersenikah mereka?

Lakonan , baru-baru ini aku ada terlihat satu drama di tv , yang dilakonkan oleh pelakon hebat tanah air dan juga pelakon baru. Apa yang memeranjatkan adalah pelakon baru tersebut sepertinya bukan berlakon. Hanya dengan rupa paras yang cantik dan kacak sahaja, membuatkan mereka menjadi seorang pelakon. Mungkin dengan adanya kerjasama antara pelakon legend dan juga pelakon baru ini , ianya menjadi satu titik untuk mereka meningkat naik dari segi mutu lakonan.
Tetapi masih ada drama lain yang hanya mempertaruhkan bakat baru yang kelihatannya tiada bakat tetapi hanya rupa. Degan naskhah drama yang diperolehi daripada novel cinta cintun yang sememangnya menjadi kegilaan remaja dan rakyat Malaysia sekarang, apakah semua ini?

Nyanyian , baru-baru ini aku ada melihat satu rancangan hiburan di tv, seorang penyanyi (digelar penyanyi walaupun baru mengeluarkan satu single) bernyanyi secara live di dalam rancangan tersebut. Ketika beliau menyanyi, aku terpaksa tukar rancangan lain. Ianya tidak lain tidak bukan kerana nyanyian yang sangat hauk. Lebih baik dan merdu peserta-peserta ujibakat rancangan nyanyian realiti lain yang tidak dapat masuk rancangan itu.

Bakat Boleh Diasah.

Betul , bakat boleh diasah, tetapi bakat yang masih tumpul dan berkarat , perlukah ianya di jual? Apa yang aku lihat , walaupun mereka ini bakatnya sebegini , tetapi penerimaan pengikut dan peminat mereka umpamanya dibutakan dan dipekakkan telinga.

"In shaa Allah , tahun depan di Anugerah Juara Lagu , si polan ini akan menang vokal terbaik." 
 Kenyataan yang sangat meyakinkan daripada peminat bakat tersebut. Sangat yakin bahawa itu vokal terbaik di negara kita.

Aku rasa punca pertama adalah rakyat yang tidak berpengetahuan. Rakyat atau netizen perlu di beri pengetahuan dengan lebih mendalam tentang seni. Sama ada seni muzik mahupun seni lakonan. Bila netizen dan terpelajar maka mereka dapat memilih dan mengerti maksud sebenar seni tersebut. 
 Sekian.

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post