Midterm Studio Exam



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kalau  anda perasan , pada beberapa hari yang lalu , tiada entri di hasilkan. Ianya adalah gara-gara aku terlampau sibuk. Kalau sebelum ini , aku telah menyediakan auto publish entri untuk diterbitkan pada hari-hari yang aku sibuk tetapi kali ini aku terlampau sibuk.
Midterm studio exam pada 20 April merupakan tarikh yang perlu aku ingat. Kerana aku ada exam pada hari itu. Examnya adalah bermain 2 lagu clarinet serta akan ditanyakan beberapa scale atau nota muzik. Kepada mereka yang faham muzik ,mungkin akan tahu apa yang aku maksudkan.
Untuk persediaan exam itu , aku perlu berlatih banyak kali. Juga kelas bersama pensyarah clarinet. Selain itu , aku juga perlu fokus pada peperiksaan bagi subjek lain. Contohnya bagi subjek English. Ya! Di tahun akhir masih ada subjek english. 
Alhamdulillah , segalanya telah selesai. Kini tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum aku menyelesaikan separuh pertama tahun akhir aku. Dan jangan dilupaka bahawa di minggu akhir inilah semua orang akan menjadi tertekan. Sama ada dengan pelajaran ataupun tertekan dengan pensyarah. Semuanya sama sahaja.
In Shaa Allah , aku akan cuba untuk menguruskan masa dengan sebaiknya. Aku perlu menyiapkan jadual aku supaya semua kerja teratur dan tersusun. In shaa Allah.


Sekian.

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post