10 Filem Kutipan Tertinggi Malaysia (2018)




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Industri perfileman Malaysia sememangnya sangat aktif dalam menghasilkan filem. Banyak filem yang mendapat kutipan yang tinggi , dan ada juga yang mendapat kutipan yang sangat rendah. Setiap filem yang ditayangkan di pawagam sememangnya tidak dapat dijangkakan sama ada diterima oleh rakyat Malaysia atau tidak. Lihat sahaja pada filem Badang , kononnya akan mendapat kutipan box office, tetapi akhirnya tidak sampai RM 100 ribu pun. Jadi , mari kita lihat 10 filem terlaris sepanjang zaman .


...................................................................


10. Tajuk Filem : Ngangkung
Studio : MIG Production
Kutipan : RM8.18 juta
Tahun : 2010



Sinopsis :

Ngangkung merupakan perbuatan memuja untuk mendapatkan nombor ekor dengan membawa barang untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ dan aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka dari terus bergiat dalam kegiatan ini.

 9. Tajuk Filem : Hantu Bonceng
Studio : Excellent Pictures
Kutipan : RM8.53 juta
Tahun : 2011



Sinopsis :

Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.
Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini. Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran.
Setelah diserbuan polis, Halimaton dan Ayu pula bertarung. Amran mengejar Dani sehingga mereka terjatuh motosikal akibat ternampak hantu itu. Di penghunjung cerita, Amran dan Dani terdengar apabila mereka terbunyi mesin yang pelik itu. Rupanya, doktor yang menuntup mesin itu.

8. Tajuk Filem : Ombak Rindu
Studio : Astro Shaw
Kutipan : RM 10.90 juta
Tahun : 2011



Sinopsis :

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah (Maya Karin) dan Hariz (Aaron Aziz) dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah (Azizah Mahzan), pemilik empayar perniagaan Safiah Catering telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, Hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila (Lisa Surihani), kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari banglo Hariz dan merampas kunci kereta dan telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

7. Tajuk Filem :  KL Gangster
Studio : Skop Production Sdn. Bhd.
Kutipan : RM 11.74 juta
Tahun : 2011



Sinopsis :

Dua adik-beradik telah terjebak di dalam dunia gangster, si abang iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai (Ady Putra). Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark (Syamsul Yusof) anak tiri kepada King (Ridzuan Hashim), iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Si adik, Jai pula berfikir kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antara orang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakkan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan.

6. Tajuk Filem : Ola Bola
Studio : Astro Shaw,Golden Screen Cinemas Multimedia Entertainment
Kutipan : RM 16.67 juta
Tahun : 2016



Sinopsis :

Kisah Ola Bola bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80-an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia. Marianne mula berasa bosan dengan kerjanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.
Mengimbau kembali ketika awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran apabila pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.
Ola Bola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.

5. Tajuk Filem : Boboiboy : The Movie
Studio : Animonsta Studios
Kutipan : RM16.77 juta
Tahun : 2016



Sinopsis:

Filem ini bermula dengan sekumpulan alien jahat bernama Tengkotak yang cuba menangkap sfera kuasa generasi pertama, Klamkabot. Pasukan ini diketuai oleh Bora Ra dan konco-konconya ialah Gaga Naz, Yoyo Oo, Kiki Ta, serta pembantunya Cici Ko. Mereka ingin menangkap Klamkabot untuk mengambil kuasanya untuk niat yang jahat. Klamkabot cuba melarikan diri dari buruan pasukan Tengkotak dengan kelajuan maksima bagi melepaskan diri. Namun akhirnya dia berjaya ditangkap dengan pasukan robot-robot kuning milik Tengkotak. Bora Ra pun tertawa kerana kini dia berjaya menangkap Klamkabot. Tetapi sesuatu berlaku apabila Kiki Ta mengesan kuasa teleportasi yang sangat tinggi. Klamkabot menggunakan kuasa teleportasinya yang menyebabkan dirinya serta pulau tempat persembunyiannya hilang dalam sekelip mata.
Pada masa yang sama di Bumi, seorang nelayan yang sedang memancing ikan di laut terkejut melihat sebuah objek gergasi keluar dari permukaan laut kerana objek yang dilihatnya adalah sebuah pulau terapung.

4. Tajuk Filem : The Journey
Studio : Astro Shaw
Kutipan : RM 17.28 juta
Tahun : 2014



Sinopsis:

Uncle Chuan (Lee Sai Peng, merupakan seorang ayah yang konservatif dengan satu set peraturan yang tegar. Apabila anak perempuannya Bee (Joanne Yew) pulang ke rumah selepas menghabiskan sebahagian besar kehidupannya di England bersama tunangnya Benji (Ben Pfeiffer), Uncle Chuan enggan memberi restu terhadap perkahwinan mereka. Dengan perbezaan budaya dan halangan bahasa yang berpotensi boleh merosakkan perkahwinan antara Benji dan kekasihnya, dia merasakan sesuatu perlu dilakukan dengan segera. Uncle Chuan dengan berat hati membenarkan mereka berkahwin tetapi dengan satu syarat - majlis perkahwinan itu perlu dengan cara yang tradisional.
Walaupun mereka tidak mengerti antara satu sama lain, Benji dan Uncle Chuan memulakan perjalanan di seluruh negara untuk menyerahkan jemputan perkahwinan kepada rakan-rakan zaman kanak-kanak Uncle Chuan. Di sepanjang perjalanan, kedua-dua belajar pengajaran yang bernilai mengenai menerima perbezaan antara satu sama lain.



3. Tajuk Filem : Polis EVO
Studio : Astro Shaw
Kutipan : RM 18.00 juta
Tahun : 2015



Sinopsis :

Inspektor Khai (Shaheizy Sam), Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif akan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti yang berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan perwatakan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikuti prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail, mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka.

2. Tajuk Filem : Abang Long Fadil 2
Studio : Skop Production Sdn Bhd & Astro Shaw
Kutipan : RM 18.14 juta
Tahun : 2017




Sinopsis :

Abang Long Fadil 2 mengisahkan perjalanan hidup Fadil yang terjerumus ke dalam dunia kongsi gelap, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Berlaku satu insiden yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib sebagai pengganas upahan kejam bernama Tiger.
Pada masa yang sama, Yana, seorang wartawan TVKL yang sering membuat liputan kes kes pembunuhan Tiger, juga terperangkap menjadi mangsa buruan yang dihadapi Fadil. Fadil terpaksa hidup sebagai pembunuh walaupun tidak bersalah. Sasaran pertama beliau adalah Kingkong, seorang kongsi gelap gila dan musuh kepada Taji Samprit.
Pelbagai insiden dan situasi berlaku pada Fadil sebagai pembunuh upahan. Hanya satu cara untuk membersihkan nama Fadil, iaitu mencari identiti sebenar Tiger bagi membetulkan keadaan dan membuktikan Fadil tidak bersalah.

1. Tajuk Filem : Munafik  
Studio: Skop Production Sdn Bhd
Kutipan: RM 19.00 juta
Tahun : 2016



Sinopsis :

Adam dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri terhadap kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua yang mengenali, terutamanya penduduk kampung di kawasan yang dia diami. Kebahagiaan yang dikecapi Adam bersama isteri dan anaknya tidak bertahan lama selepas dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya meninggal dunia di tempat tragedi. Kematian isterinya, Zulaikha itu telah membunuh semua rasa dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Islam yang sering mengubati orang-orang kampung. Adam seakan-akan tidak boleh menerima Qada & Qadar Tuhan.
Keimanannya mula rapuh, tergugat dan tidak sekuat dahulu. Adam mula murung, mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadat di rumah, ditemani anaknya Amir. Dalam masa yang sama, Maria, salah seorang penduduk di kampung, Adam mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk sehingga ke tahap dia didiagnos oleh pakar perubatan moden dengan penyakit mental-kronik depresi (tekanan perasaan yang serius). Kemewahan hidup keluarganya tidak membawa makna apa-apa bila gangguan yang dialaminya semakin lama semakin menggila kerana hanya bergantung pada ubat penenang yang kesannya hanya sementara. Ayahnya pula terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya,Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria selepas kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan, penampakan jin/syaitan.
............................................................................


Sudah selesai kira turun 10 filem terlaris sepanjang zaman bagi filem keluaran negara Malaysia. Antara 10 filem ini , yang manakah filem yang menjadi kegemaran anda? Filem mana yang anda tonton di pawagam?
Sumber : Wikipedia 
Sumber gambar : Google Image

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post