Nasi Lemak Kaw Kaw Setia Alam: Promo XL Double Drumstick Berbaloi Ke?

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nasi Lemak Kaw Kaw Setia Alam: Promo XL Double Drumstick Berbaloi Ke?

Dah lama rasanya aku tak update blog. Kali ni aku nak kongsi pengalaman makan di satu kedai nasi lemak yang aku dapat peluang singgah baru-baru ni. Nasi lemak ni makanan yang hampir semua orang Malaysia ada "port" masing-masing, kan? Ada yang suka sambal pedas, ada yang mementingkan ayam goreng, ada juga yang cari nasi lemak yang lemaknya cukup rasa. 

Kali ni aku nampak banyak pulak kedai atau restoran yang bawakan menu nasi lemak. Bagi aku, ini sesuatu yang baik, kalau tak asyik-asyik ayam gepuk je. Haha.

 Jadi, jom aku cerita pengalaman aku di Nasi Lemak Kaw Kaw, cawangan Setia Alam.  

Nasi Lemak Kaw Kaw Setia Alam: Promo XL Double Drumstick Berbaloi Ke?

Nasi Lemak Kaw Kaw bermula sebagai gerai kecil di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada tahun 1989. Prinsip dia mudah: nasi kena wangi, sambal kena berani, portion kena puas hati. Lama-kelamaan orang datang balik sebab rasanya memang kaw. Sekarang kedai ni hadir dalam suasana yang lebih moden dan lebih menarik. 

SUASANA DI NASI LEMAK KAW KAW

Baru-baru ni aku ada urusan di Setia Alam. Masa tu aku tengah mencari tempat makan, dan terus nampak kedai ni. Rasa tertarik pulak nak cuba, jadi singgahlah. Dari segi suasana, kedai ni nampak tenang dan meriah serentak. Tenang sebab persekitarannya tak sesak sangat, dan deko dia pun menenangkan. Meriah pulak sebab ramai pelanggan, jadi ada bunyi perbualan di sana sini yang buat suasana hidup. 

MENU YANG DICUBA DI NASI LEMAK KAW KAW

Nasi Lemak Kaw Kaw Setia Alam: Promo XL Double Drumstick Berbaloi Ke?

Bila tengok menu, memang banyak pilihan yang menarik. Jadi, ada beberapa menu yang aku cuba, antaranya: 

 XL Double Drumstick Nasi Lemak 

Nasi Lemak Kaw Kaw Setia Alam: Promo XL Double Drumstick Berbaloi Ke?

Menu pertama, XL Double Drumstick Nasi Lemak. Ini menu promo dia. Satu set dapat 2 ketul paha ayam goreng berempah saiz XL, dihidang bersama nasi lemak dan signature sambal. Yang best, sambal ni boleh refill tanpa had, jadi pencinta sambal memang boleh tambah sampai puas. Sambal dia memang sedap dan agak pedas, sesuai dengan lidah aku. Saiz portion pun agak banyak. Lagi best sebab dapat dua ketul ayam paha (ayam pistol, kata orang), memang besar! Condiment lain macam kacang dan timun pun semuanya mencukupi. 

XL Double Drumstick Mee Siam 

Nasi Lemak Kaw Kaw Setia Alam: Promo XL Double Drumstick Berbaloi Ke?

Kalau tak nak nasi lemak, ada juga pilihan mee siam dengan konsep ayam XL yang sama. First time tengok, mee siam ni nampak macam bihun goreng sebab warna dia lebih kurang sama. Tapi bila rasa, ada bezanya. Rasa dia lebih masam-masam, dan bila makan dengan sambal dan condiment, memang sedap dan menyelerakan. 

Iced Kopi

Nasi Lemak Kaw Kaw Setia Alam: Promo XL Double Drumstick Berbaloi Ke?

Aku bukanlah pencinta kopi ais, tapi iced kopi kat sini pun memang pekat dan sedap. Untuk pencinta kopi, aku rasa mesti suka. 

Kaya Butter Toast

Nasi Lemak Kaw Kaw Setia Alam: Promo XL Double Drumstick Berbaloi Ke?

Kat sini ada jugak kaya butter toast. Roti dia memang rangup dan sesuai dijadikan makanan ringan. Ada rasa kaya dan butter sebagai pelengkap. 

HARGA MENU DI NASI LEMAK KAW KAW

Nasi Lemak Kaw Kaw kali ni membawakan promo XL Double Drumstick Nasi Lemak, dan ini harga dia: 
  •  XL Double Drumstick Nasi Lemak: RM16.90 / set (sebelum 4% caj perkhidmatan) 
  • Selepas caj perkhidmatan: RM17.60 / set 
  • Promo ni untuk dine-in sahaja, tak sah untuk takeaway 
Berikut pula harga bagi menu lain: 

Nasi Lemak Kaw Kaw Setia Alam: Promo XL Double Drumstick Berbaloi Ke?

Nasi Lemak Kaw Kaw Setia Alam: Promo XL Double Drumstick Berbaloi Ke?


Secara keseluruhannya, pengalaman makan di sini memang seronok. Makanan sedap, lokasi pun agak strategik, dan parking mudah. Makanan pun tak lama tunggu. Memang terbaiklah pengalaman makan kat sini. In shaa Allah, lain kali aku nak datang lagi untuk cuba makanan lain pulak. Oh ya, Nasi Lemak Kaw Kaw bukan ada kat Setia Alam je. 

Nasi Lemak Kaw Kaw Setia Alam: Promo XL Double Drumstick Berbaloi Ke?

Ada beberapa lagi cawangan yang korang boleh kunjungi. Itu sahaja review aku kali ni. Terima kasih sebab baca sampai habis! Kalau korang dah cuba Nasi Lemak Kaw Kaw, atau ada port nasi lemak lain di Setia Alam yang patut aku cuba, tinggalkan komen kat bawah ya. 😄 

NASI LEMAK KAW KAW CAWANGAN SETIA ALAM


Jalan Setia Utama AT U13/AT, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : 10 Pagi - 10 Malam


SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Got it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Okay, Got it!