Filem Terbaik di Malaysia (Mengikut Tahun)

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Kali ini aku akan berkongsi filem-filem yang berjaya mendapat anugerah filem terbaik bagi Festival Filem Malaysia sejak tahun 2000. Pelbagai filem yang menarik dan begitu hebat telah berjaya mendapat anugerah utama yang sangat berprestij ini.




Festival Filem Malaysia ke-15 Leftenan Adnan (2001)  



Leftenan Adnan merupakan sebuah filem patriotik Malaysia 2000 yang diarahkan oleh Aziz M. Osman dan dibintangi oleh Hairie OthmanUmie Aida, Rambo Chin, Faizal HusseinRusdi RamliShaharuddin Thamby dan Wahid Senario. Filem ini mengisahkan perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Filem ini telah ditayangkan pada 31 Ogos 2000.


Festival Filem Malaysia ke-16 KL Menjerit (2002)




KL Menjerit ialah sebuah filem aksi romantik arahan Badaruddin Azmi yang mula ditayangkan pada 24 Januari 2002.


Festival Filem Malaysia ke-17 Paloh (2003)




Filem Paloh mula ditayangkan pada 10 Julai 2003 di seluruh pawagam tanah air. Filem ini mencatatkan kontroversi apabila kos membuat filem ini berjumlah RM3 juta yang diterbitkan oleh FINAS, sebuah agensi kerajaan.


Festival Filem Malaysia ke-18 Sepet (2005)




Sepet ialah sebuah filem cerita cinta bercampurkan komedi yang difilemkan di Bandaraya Ipoh, ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia pada tahun 2005. Diarah oleh Yasmin AhmadSepet mengisahkan percintaan antara seorang pemuda Cina dengan seorang gadis Melayu yang baru sahaja tamat sekolah menengah. Perkataan sepet itu sendiri bermaksud mata yang bersaiz kecil atau kuyu dan biasanya dirujuk kepada bangsa Cina kerana rupa bentuk mata mereka yang sepet.


Festival Filem Malaysia ke-19 Gubra (2006)




Filem Gubra ialah sebuah filem Malaysia yang ditayangkan pada tahun 2006.Filem Gubra mendapat tajuknya daripada perkataan Gubra, iaitu satu istilah yang biasa digunakan di Pulau Pinang dan Kedah terutama di kalangan kaum 'mamak'. Biasanya gubra disebut sebaga 'gabra' sahaja. Maksudnya ialah bimbang dan risau.


Festival Filem Malaysia ke-20 Cinta (2006)




Cinta merupakan sebuah filem cinta yang diarahkan oleh Khabir Bhatia.Filem ini merupakan filem cereka pertama arahan Khabir. Filem ini mengisahkan mengenai lima cerita yang meraikan keajaiban cinta, mengenai Harris dengan isterinya Airin; hubungan Dyan dengan adiknya, Dhani; cinta Elyas seorang pesara guru dengan pemilik gerai, Rubiah; hubungan Azlan & Azura, dan hubungan Arianna & Taufiq - di mana semuanya saling berkait di Kuala Lumpur. Filem ini menampilkan barisan pelakon A-List iaitu Rita RudainiSharifah AmaniFasha SandhaNanu Baharudin,Fatimah Abu BakarBaizura KaharEizlan YusofPierre AndreGambit SaifullahQue HaidarRashidi IshakRahim RazaliNgasrizal NgasriVanida ImranTony Eusoff dan Soffi Jikan. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 November 2006.


Festival Filem Malaysia ke-21 Kala Malam Bulan Mengambang (2008)




Kala Malam Bulan Mengambang merupakan sebuah filem hitam putih yang menekankan penceritaan berkaitan jenayahgangsterismedetektifmisteri dan komedi. Paling unik, filem ini disampaikan dalam bentuk ‘Neo-Noir’ (hitam dan putih) bagi menyesuaikan kronologi penceritaan filem ini yang berlatarkan tahun 1950-an. Ia sengaja dibuat dalam format warna hitam putih dengan tujuan menghargai para penggiat filem veteran dari zaman Studio Jalan Ampas hingga Studio Merdeka. Filem ini telah memenangi anugerah Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-21.


Festival Filem Malaysia ke-22 Papadom (2009)




Papadom ialah sebuah filem arahan Afdlin Shauki yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 8 Oktober 2009. Filem yang dibintangi Afdlin dan Liyana Jasmay ini meraih lima anugerah Festival Filem Malaysia ke-22 termasuk Filem Terbaik, walaupun belum ditayangkan kepada umum ketika temasya berlangsung pada 5-8 Ogos. Kesinambungannya, Papadom 2 ditayangkan pada 14 Disember 2013.


Festival Filem Malaysia ke-23 Magika (2010)




Magika merupakan sebuah filem muzikal fantasi Malaysia arahan sulung Edry Abdul Halim yang dibintangi oleh Diana Danielle, Mawi, Ziana Zain, M. Nasir, Ning Baizura, Nabil, Saiful Apek, Senario dan pelakon kanak-kanak Fimie Don. Filem ini mengisahkan dua adik-beradik yang menemui sebuah alam fantasi yang berasaskan pelbagai kisah dongeng, mitos dan legenda Melayu ternama.
Filem yang dilaporkan menelan belanja RM 2.40 juta ini mula-mula ditayangkan dalam tayangan amal di pawagam Cathay Cineleisure, e@Curve, pada 10 Februari 2010, sebelum ditayangkan kepada umum di pawagam pada 23 September 2010.


Festival Filem Malaysia ke-24 Hikayat Merong Mahawangsa (2011)




Hikayat Merong Mahawangsa (atau The Malay Chronicles: Bloodlines untuk pasaran dunia,Clash of the Empires untuk pasaran United Kingdom) ialah sebuah filem epik/sejarah Melayu yang diterbitkan oleh KRU Studios dan diarahkan oleh Yusry Abdul Halim(dari kumpulan KRU). Filem ini dibintangi oleh Stephen Rahman Hughes, Datuk Haji Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Umie Aida, Jing Lusi dan Gavin Stenhouse. Filem ini merupakan adaptasi dari prosa Hikayat Merong Mahawangsa yang meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah.
Filem ini merupakan filem tempatan kedua termahal dalam sejarah perfileman sewaktu dikeluarkan, di belakang Puteri Gunung Ledang (RM 16.6 juta pada tahun 2004) dengan kos perbelanjaan sebanyak RM 8 juta.Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 10 Mac 2011 (selepas tayangan diraja pada 25 Februari. Filem ini telah mengungguli Festival Filem Malaysia ke-24 dengan 8 kemenangan dari 13 pencalonan (termasuk Filem Terbaik). Filem ini juga merupakan filem dengan kutipan tertinggi di antara pemenang Filem Terbaik FFM iaitu sebanyak RM 6.50 Juta.


Festival Filem Malaysia ke-25 Bunohan (2012)




Bunohan merupakan sebuah filem drama aksi Malaysia 2012 yang mula ditayangkan di pawagam pada 8 Mac 2012. Filem arahan Dain Iskandar Said menampilkan Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Nam Ron sebagai pelakon utama filem ini. Filem ini merupakan filem kedua Dain selepas Dukun.
Bunohan telah menyertai Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011 dan dipilih sebagai penyertaan rasmi Malaysia ke anugerah Oskar (Anugerah Akademi) 2012 untuk merebut kategori top 5 Filem Antarabangsa Terbaik. Filem ini akan berentap dengan 70 filem antarabangsa yang lain.


Festival Filem Malaysia ke-26 KIL (2013)




KIL (merujuk kepada singkatan Akil dan perkataan kill) merupakan sebuah filem drama, romantik misteri Malaysia 2013 yang diarahkan oleh Nik Amir Mustapha dan menampilkan dua pelakon utama iaitu Redza Minhat dan Cristina Suzanne. Mereka berdua telah pertama kali menjadi watak utama melalui filem ini. 
Filem ini juga merupakan filem pertama Nik Amir. Filem ini mengisahkan mengenai Akil (Redza Minhat), seorang lelaki muda yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Selepas beberapa percubaan membunuh diri yang gagal, Akil telah mengupah sebuah agensi pembunuhan, Life Action Bureau (LAB) untuk membantu dirinya membunuh diri. Ketika tarikh kematiannya semakin dekat, dia jatuh cinta dengan seorang gadis yang dia temui, Zara (Cristina Suzanne). Selepas itu, dia mula mempunyai fikiran yang was-was untuk mati. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 Mei 2013.
Filem ini telah berjaya memenangi empat anugerah daripada tujuh pencalonan di Anugerah Skrin 2013 (termasuk Filem Terbaik) dan mengungguli Festival Filem Malaysia ke-26 dengan lima kemenangan dari sebelas pencalonan (termasuk Filem Terbaik).


Festival Filem Malaysia ke-27 Lelaki Harapan Dunia (2014)




Lelaki Harapan Dunia (Bahasa Inggeris: Men Who Save the World) merupakan sebuah filem antarabangsa yang bercorak drama komedi yang ditayangkan pada 27 November 2014 di Malaysia. 
Filem berkisah tentang sebuah kampung yang mana berlaku kekacauan akibat kesalahfahaman penduduk kampung yang menyangka sebuah rumah terbiar yang dalam perancangan dipindahkan dari hutan ke kampung khas buat Pak Awang (Wan Hanafi Su) dihuni oleh “hantu” sedangkan terdapat seorang pendatang asing Afrika yang menghuni secara sembunyi.
Filem ini telah mengungguli Festival Filem Malaysia ke-27 dengan meraih lima anugerah dari dua belas pencalonan, termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.Filem ini juga berjaya memenangi tiga anugerah dari empat pencalonan di Anugerah Skrin 2015, termasuk Filem dan Pengarah Terbaik. Filem ini merupakan penyertaan Malaysia ketiga yang bertanding untuk Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik, selepas Bunohan dan Puteri Gunung Ledang.


Festival Filem Malaysia ke-28 Jagat (2015)




Jagat (Tamil: ஐகாட், slang derived from Malay word jahat, loosely translated as ‘bad’) is a 2015 Malaysian crime drama film directed by Shanjhey Kumar Perumal. Set in the early 1990s, a critical period in Malaysian Indian history, the coming-of-age story subtly underlines the plight of the Indian Malaysians who were forsaken by the estate owners and forced to move to the cities, surviving under harsh circumstances. The story follows a mischievous 12-year-old boy named Appoy and his relationships with his father, Maniam, and his uncles, former drug-addict Bala and local gangster Dorai.
The film had won the Best Malaysian Film award in the 28th Malaysia Film Festival in 2016, whereas its director Shanjhey Kumar won the award for Best Director.. The film also represent Malaysia at Asean Film Fest 2017


Festival Filem Malaysia ke-29 Adiwiraku (2017)




Adiwiraku ialah sebuah filem Malaysia 2017 arahan Eric Ong terbitan bersama Sol Pictures, Iceberg Design dan Filmecca Studios. Ia dibintangi oleh Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong dan Ahmad Adnin Zidane Muslim. Filem yang berdasarkan dari kisah benar ini ditayangkan pada 9 Mac 2017. Pada 29 September 2017, filem ini memenangi anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29.

.....................................................................................

Bagaimana pendapat anda? Adakah filem-filem ini benar-benar layak menjadi filem terbaik? Bagi aku sendiri, kebanyakan filem masih lagi belum aku tonton. In shaa Allah suatu masa nanti akan aku tonton ke semua filem ini.

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post