Marvel Cinematic Universe : The Avengers



Assalamualaikum dan salam sejahtera



The Avengers adalah sebuah filem pada tahun 2012 yang berdasarkan watak di dalam Komik Marvel, sebuah kumpulan adiwira yang mempunyai nama sama di dalam komik. Filem ini telah diterbitkan oleh Marvel Studio dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Filem ini merupakn filem yang ke enam di dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Plotnya berkisar tentang Nick Fury, seorang pengarah di organisasi keamanan, S.H.I.E.L.D, telah merekrut Iron Man, Captain America , Hulk dan juga Thor untuk menentang adik Thor iaitu Loki daripada merosakkan bumi.



Filem ini telah ditayangkan di Amerika Syarikat pada 4 Mei 2012. Filem ini menerima pelbagai kritikan positif daripada peminat dan juga pengkritik. Filem ini juga merupakan filem ketiga tertinggi kutipan box office bagi seluruh dunia ketika tayangannya. Filem ini menerima kutipan USD 1.519 bilion bagi tayangan seluruh dunia. The Avengers (2012) juga menjadi filem kutipan tertinggi bagi tahun 2012. Sekuel kepada filem ini adalah Avengers: Age of Ultron yang telah ditayangkan pada 1 Mei 2015 dan Avengers: Infinity War yang akan ditayangkan pada 27 April 2018.

Pelakon :-

  • Robert Downey Jr. - Tony Stark/Iron Man
  • Chris Evans - Steve Rogers/Captain America
  • Mark Ruffalo - Bruce Banner/Hulk
  • Chris Hemsworth - Thor
  • Scarlett Johansson - Natasha Romanoff/Black Widow
  • Jeremy Renner - Clint Barton/Hawkeye
  • Tom Hiddleston - Loki
  • Clark Gregg - Phil Coulson
  • Cobie Smulders - Maria Hill
  • Stellan Skarsgard - Erik Selvig
  • Samuel L. Jackson - Nick Fury


..........................................................................


Filem pertama yang menyaksikan kesemua watak filem sebelum ini di dalam MCU di masukkan ke dalam sebuah filem. Sangat epik.

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post