Trailer Baru Filem Avengers : Infinity War



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Lewat malam kelmarin, sebuah trailer filem yang terbaru bagi filem Avengers Infinity War telah keluar. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan trailer yang kedua yang dikeluarkan oleh pihak Marvel Studios. Begitu ramai peminat-peminat Marvel teruja dengan video trailer yang dikeluarkan ini. Hanya dalam jangka masa satu jam , lebih 4 juta tontonan telah dicapai.

Banyak babak menarik yang ditonjolkan dan membuatkan aku sendiri teruja dengan filem yang akan ditayangkan pada April nanti.


Loki bersama Black Order iaitu geng kepada Thanos. Adakah Loki kali ini jahat atau baik? Di manakah Loki berpihak?


Iron Man dengan sut terbaru. Nampak sangat canggih dan sangat cantik!


Spider-Man berinteraksi dengan Dr. Strange. Yang paling penting, sut terbaru Spider-Man.


Captain America berlawan secara individu dengan Thanos !


Dr. Strange diserang oleh Ebony Maw, salah seorang anggota Black Order.


Kumpulan Avengers sampai ke Wakanda. Kelihatan di situ adalah Captain America, Black Widow, Iron Patriot, Falcon, Scarlet Witch, Bruce Banner, dan Vision.


Guardians of Galaxy, Peter Quill dan Drax bersama Iron Man.


..................................................................................................

Banyak babak menarik dan membuatkan aku tertanya-tanya mengenai plot filem ini. Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi sebelum ke tayangan filem terhebat tahun 2018 ini. Khabar angin mengatakan bahawa ada beberapa karakter akan mati di dalam filem ini. Karakter apakah itu? Sama-sama kita nantikan. Jom lihat trailer ini.




Sekian.

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post