Senarai Penuh Calon Top 5 Anugerah Meletop Era 2018



Sumber : Astrogempak

Pelawak dan pelakon Zizan Razak mendominasi senarai calon akhir dengan meraih lima pencalonan daripada 16 kategori yang dipertandingkan tahun ini.


Zizan tercalon dalam kategori Bintang Filem MeleTOP, Fesyen MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP bersama penyanyi hip hop, SonaOne dan Filem MeleTOP menerusi filem Abang Long Fadil 2.

Istimewanya AME 2018 kali ini, penonton bakal dihiburkan dengan selebriti yang dijemput untuk mewarnai pentas menemani hos Neelofa dan Nabil Ahmad.

Antaranya Sabri Yunus, Awie, Zul Ariffin dan Zizan Razak.

AME 2018 bakal bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad, 8 April 2018 jam 9.00 malam dan disiarkan di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Maya HD (134).

Manakala program Showcase Eksklusif AME 2018’ disiarkan menerusi platform digital Astro Go bermula jam 5.00 petang hingga 6.30 petang.

Berikut merupakan senarai penuh pencalonan akhir AME2018:

Lagu MeleTOP

  • Bayang
  • Dirgahayu
  • Jampi
  • Nakal, Nakal, Nakal
  • Tergantung Sepi

Filem MeleTOP

  • Abang Long Fadil 2
  • Bisik Pada Langit
  • J Revolusi
  • Kimchi Untuk Awak
  • Tombiruo: Penunggu Rimba

Hos MeleTOP

  • Alif Satar
  • Datuk Ac Mizal
  • Jihan Muse
  • Nabil Ahmad
  • Siti Nordiana

Fesyen MeleTOP

  • Fattah Amin
  • Neelofa
  • Nur Fazura
  • Syafiq Kyle
  • Zizan Razak


Penyanyi MeleTOP

  • Ayda Jebat
  • Hael Husaini
  • Haqiem Rusli
  • Khai Bahar
  • Siti Nordiana

Bintang Filem MeleTOP

  • Janna Nick
  • Nur Fazura
  • Zizan Razak
  • Zul Ariffin (J Revolusi)
  • Zul Ariffin (Tombiruo)

Couple MeleTOP

  • Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila
  • Akim Ahmad & Stacy
  • Amyra Rosli & Amar Baharin
  • Jep Sepahtu & Sari Yanti
  • Mia Ahmad & Izham Tarmizi

Si Cilik MeleTOP

  • Aaisyah Dhia Rana
  • Arif Jiwa Asyraf
  • Lara Alana
  • Syeriv Samheizy
  • Yusuf Iskandar

Pelakon TV MeleTOP

  • Fattah Amin 
  • Neelofa 
  • Siti Nordiana
  • Syafiq Kyle
  • Zul Ariffin

Program MeleTOP

  • Gegar Vaganza 4 - Week 1
  • Gema Gegar Vaganza
  • Maharaja Lawak Mega 2017
  • Sepahtu Reunion Live 2017
  • Tazkirah Malam Jumaat

Artis Baharu MeleTOP

  • As’ad Motawh
  • Farah Nabilah
  • Fendy Bakry
  • Hannah Delisha
  • Wany Hasrita

Artis Lawak MeleTOP

  • Fikry Ibrahim
  • Jep Sepahtu
  • Kamal Adli
  • Sharifah Sakinah
  • Zizan Razak (Abang Long Fadil 2)

Penyampi Radio MeleTOP

  • DJ Lin
  • Fad
  • Jep
  • Johan
  • Radin

Grup/Duo MeleTOP 

  • Akim & The Majistret
  • Caliph Busker ft Faizal Tahir
  • Tajul & Wany Hasrita
  • Zizan & SonaOne

Drama MeleTOP

  • Cekelat Semanis Honey
  • Hero Seorang Cinderella
  • Mencintaimu Mr Photographer
  • Red Velvet
  • Titian Cinta

Program Radio MeleTOP

  • Johara Pagi ERA
  • Petang ERA
  • Santai Sinar
  • Super 40 ERA
  • Suria Cinta

Undian fasa kedua ini boleh dibuat menerusi laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan RAKU serta melalui kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, jam 6.00 petang hingga 8 April 2018 jam 12.00 tengah hari.

.......................................................................................

Sekali sekala sokong rancangan hiburan. Bagaimana? Anda puas hati dengan senarai calon pada edisi kali ini? Mari kita lihat bagaimana drama dan apakah yang akan berlaku di pentas anugerah ini kelak.

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post